[tab: Sothys]
MENANG!
Produk Penjagaan kulit Sothys
BERNILAI RM 5850
Mereka yang mempunyai kulit sensitif lazimnya sentiasa mengalami ketidakselesaan seperti ruam, kulit kemerahan dan meradang sehingga menyebabkan kulit menjadi kering dan gatal. Gejala-gejala ini menyebabkan mereka berasa tidak selesa, dan rasa rendah diri dengan paras rupa mereka. Sesetengah pula berasakan cukup sukar untuk memilih produk penjagaan kulit yang bersesuaian dengan kulit mereka.
Kini, Sothys telah pun menemui penyelesaian masalah tersebut, dan mencipta rangkaian produk baru iaitu Sothys High Performance Solution with Spa Thermal Water. Salah satu produk dari rangkaian tersebut, Soothing SOS Serum adalah sesuai untuk melegakan segala jenis ketidakselesaan, dan mengimbangi reaksi kulit terhadap alahan. Selain daripada itu, mereka juga boleh menggunakan Nutri-Soothing Mask yang dengan serta-mertanya dapat meningkatkan tahap toleransi kulit terhadap ketidakselesaan.
SPA Thermal Water yang terdapat di dalam rangkaian produk ini mempunyai ciri-ciri terapeutik dan telah digunakan sebagai penawar penyakit sejak azali lagi. Oleh itu, Sothys Advanced Research menggunakan SPA Thermal Water sebagai bahan utama dalam rangkaian produk ini untuk melindungi, mengimbangi dan menenangkan kulit.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 30 Jun 2015
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: senZues]
MENANG!
Produk Penjagaan badan senZues
BERNILAI RM 5535
SenZues, produk yang dibangunkan di Perancis dengan menggunakan rumusan bahan-bahan semula jadi yang diperoleh dari seluruh dunia terbukti secara klinikal berjaya membantu wanita memiliki kulit yang sihat, seimbang dan cantik berseri.
Nightactive
Proses pemulihan sel-sel kulit selalunya berlaku pada waktu malam, maka dengan penggunaan Nightactive yang mengandungi bahan-bahan aktif bioteknologi dan asid amino dalam mikroalga dapat merangsang sel-sel tunjang yang penting untuk memulakan proses pemulihan dan juga menghidratkan kulit secara intensif. Ia dapat memperbaharui keserian kulit dalam sekelip mata.
Cellactivate
Didorong oleh tumbuhan dari proses bioteknologi, Cellactivate dapat mengatasi kesan-kesan penuaan pada kulit dalam 3 langkah iaitu pelembapan-dalam-kulit, merangsang kolagen kulit dan juga perlindungan dari radikal bebas. Dengan itu, ia dapat mengurangkan gari-garis halus dan juga mengembalikan keanjalan kulit agar dapat mengembalikan kontur wajah dan tampil lebih muda.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 30 Jun 2015
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Pure Beauty]
MENANG!
Set Pure Beauty White & Bright
BERNILAI RM 5629.50
Diilhamkan oleh inovasi Korea dalam penjagaan kulit, Pure Beauty menggabungkan bahan-bahan semula jadi terpilih dan teknologi terkini untuk menghasilkan produk penjagaan kulit yang unik. Dengan kandungan antioksida yang tinggi, produk Pure Beauty juga bertindak memberi perlindungan pada kulit untuk jangka masa yang panjang.
Penggunaan produk Pure Beauty boleh dimulakan dengan pembersih muka yang membantu untuk menghalang pembentukan melanin sambil mencegah pigmentasi melalui white & bight complex. Seterusnya, Toner Pure Beauty yang mengandungi Bulgarian Rose Water dapat mencerahkan kulit yang kusam dan menenangkan kulit yang stres akibat tekanan emosi mahupun persekitaran. Bagi pelembap muka pula, Pure Beauty Day Lotion with SPF 20 untuk kegunaan siang hari melindungi kompleksi kulit dan menghidratkannya. Manakala pada waktu malam, Pure Beauty Night Cream yang juga mengandungi white & bright complex dapat menyuburkan dan mencerahkan kulit.
Pure Beauty kini mempunyai Complexion Corrector CC Cream yang berupaya membetulkan ton kulit yang tidak sekata, menyembunyikan jerawat di muka dan lingkaran hitam pada mata. Malah, ia juga bebas daripada Paraben, Lanolin dan Alkohol.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 30 Jun 2015
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Pevonia]
MENANG!
Set Pevonia & Pouch
BERNILAI RM 5535
Sejak 20 tahun yang lalu, Pevonia berjaya membuktikan mereka adalah pakar dalam menyampaikan produk penjagaan kulit organik kepada spa-spa dan aestheticians professional di seluruh dunia. Produk Pevonia yang telah memenangi beberapa anugerah dan juga rawatannya yang terdapat di spa didambakan oleh selebriti dan pengguna di seluruh dunia untuk keupayaan mereka dalam memberikan penyelesaian bagi kulit bermasalah.
Antara produk terkenal Pevonia iaitu C Evolutive Eye Gel, dimana ia dapat melindungi, menghidratkan dan mencegah garis-garis halus di sekeliling permukaan mata. Malah, gabungan vitamin C, asid hyaluronik dan ginkgo bilboa juga dapat mengurangkan lingkaran hitam dan bengkak untuk kontur mata kelihatan segar sepanjang hari!
Bagi mereka yang mengalami masalah mata sensitif atau alahan, Pevonia eye make-up remover sesuai untuk digunakan kerana kandungan bahan semula jadi dalam produk Pevonia yang tidak agresif pada kulit. Jadi, pembersih solekan ini dapat membuang solekan pada mata tanpa kerengsaan atau kesan berminyak, sekaligus memelihara kawasan mata.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 30 Jun 2015
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Nina Ricci]
MENANG!
Set Les Delices de Nina
BERNILAI RM 5736
Les Délices de Nina, wangian edisi terhad Nina Ricci yang terbaru ciptaan Marie Salamagne dan Olivier Cresp yang bekerja seiring untuk menghasilkan aroma yang manis lagi indah sehinggakan seseorang itu boleh sugar-high!
Nota-nota utama wangian ini adalah campuran lemon dan limau yang mana baunya sangat menyegarkan, malah nota sitrus ini menjadi lebih menonjol apabila ia diadun bersama elemen Raspberi untuk menaikkan lagi aroma wangian. Nota tengahnya pula membangkitkan bauan candy accord strawberi yang eksklusif dimana baunya yang manis menggoda, mengingatkan kita pada zaman kanak-kanak yang cukup gemarkan gula-gula. Seterusnya, komponen Mara Strawberry dan karamel putih, diikuti haruman Gardenia yang lembut digabungkan untuk melengkapkan wangian nota tengah. Bagi nota-nota utama pula, ia mempunyai sentuhan pralin dan belaian kasturi putih untuk menghasilkan wangian yang sangat menarik.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 30 Jun 2015
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Enrico Coveri]
MENANG!
Beg tangan Enrico Coveri
BERNILAI RM 5593
Buat kali pertama di Itali, terdapat satu jalan di Prato yang dinamakan sempena nama pereka fesyen, Piazzale Enrico Coveri. Oleh itu, jenama Enrico Coveri bukanlah calang-calang jenama, ia sangat terkenal di Itali yang mana fokusnya adalah pada koleksi untuk wanita, lelaki, kanak-kanak juga kosmetik.
Francesco Martini Coveri, anak saudara kepada Enrico Coveri kini mengikut jejak langkah Enrico Coveri dalam bidang fesyen, malah Francesco juga telah membuktikan bahawa dia mempunyai kesefahaman dan kreativiti yang sama dengan ayah saudaranya dari segala aspek sekali gus menjadi jaminan kepada kelestarian Coveri.
Dengan itu, Enrico Coveri sehingga ke hari ini telah meluaskan himpunannya dengan koleksi beg tangan yang direka sempurna untuk wanita moden yang berkerjaya kerana koleksinya sangat praktikal tanpa menjejaskan gaya. Ketukangan yang luar biasa, warna-warna koleksi beg tangannya yang menarik perhatian, dan tidak lupa juga gaya kontemporarinya menambah glamor pada koleksi-koleksi beg tangan Enrico Coveri.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 30 Jun 2015
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Aloha]
MENANG!
Tiket pra-tonton Aloha
BERNILAI RM 5500
Di Aloha, kontraktor ketenteraan terkenal (Bradley Cooper) kembali ke tapak kerjayanya yang terbesar, dan pada masa yang sama dia dalam usaha percubaan untuk menjalin semula hubungan cinta dengan kekasih lamanya (Rachel McAdams). Akan tetapi, dalam waktu yang sama dia telah jatuh cinta dengan pengawal tentera udara (Emma Stone) yang ditugaskan untuk bekerja dengannya. Ditulis dan diarahkan oleh, Cameron Crowe yang juga pengarah untuk Jerry Maguire, Almost Famous. Turut dibintangi Bill Murray, John Krasinski, Danny McBride dan Alec Baldwin.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 30 Jun 2015
Click here if you have issue accessing the promo form above