Kaca mata hitam merupakan item fesyen dan juga satu keperluan terutama kala cuaca terik. Ada pelbagai jenis, bentuk dan jenama yang berada di pasaran. Tapi sayang, ada sesetengahnya tidak sesuai dengan bentuk muka si pemakai walaupun ia dari jenama hebat. Jadi pastikan anda memilih dengan betul dan mencubanya sebelum membuat pelaburan terutama bagi kaca mata hitam yang berjenama.
Usah terlalu obsess mengikuti fesyen sehingga menjadi mangsa dan kelihatan pelik pula. Selain fungsi sebagai pelindung mata satu lagi elemen yang paling penting adalah pemilihan bentuk kaca mata yang bersesuaian dengan wajah anda.
WAJAH BULAT
Disarankan mencari kacamata hitam yang bingkai yang bersegi atau bersegi panjang, yang akan menjadikan wajah bulat anda lebih bujur.
WAJAH BUJUR
Untuk wajah bujur, bingkai kacamata yang bulat akan menyeimbangkan wajah panjang kamu. Rekaan pada bahagian tepi bingkai mungkin dapat buat wajah anda lebih manis.
WAJAH BENTUK HATI
Bagi anda yang memiliki wajah berbentuk hati, anda boleh bermain dengan pelbagai bentuk bingkai kerana bentuk wajah ini sesuai dengan semua bentuk kaca mata.
WAJAH OVAL
Wajah oval yang seakan-akan bentuk telur, bagi menyembunyikan bentuk wajah anda pilih bingkai yang oversize agar tulang pipi tidak terlalu menonjol.
Gambar: www.kaisensei.blogspot.com
Jangan ambil mudah dalam memilih kaca mata hitam. Pastikan pilihan yang bersesuaian dengan bentuk wajah anda.