Oleh: Farhana Fuad
Bagi peminat K-POP, kumpulan BTS sudah pasti tidak asing lagi bagi mereka kerana ternyata kumpulan K-POP ini mempunyai cukup populariti di serantau Asia. BTS secara langsungnya membuat persembahan sulung mereka di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. Konsert 2015 BTS Live Trilogy di Malaysia Episod II; The Red Bullet ini dibawakan oleh syarikat IME Productions Malaysia.
Secara keseluruhannya, perjalanan BTS dalam mengenali lebih banyak tentang masyarakat Malaysia khususnya peminat-peminat mereka mengambil tiga sesi termasuk sesi Helo, sesi media dan konsert jelajah mereka. BTS yang terdiri daripada tujuh orang ahli yang membawa genre hip-hop iaitu Rap Monster, Suga, Jin, J-Hope, V, Jimin dan Jungkook.
Konsert jelajah Episod II ini sebenarnya terdiri daripada tiga buah episod yang bermula dari Episod III dan kini di Malaysia merupakan antara konsert mereka buat Episod II. Setiap episod membawa jalan cerita yang berlainan.
Yang mana Episode II menceritakan seakan BTS adalah satu suara remaja yang bermasalah dan seterusnya Episode I akan menceritakan tentang perjalanan mereka sejak pertubuhan kumpulan mereka sehinggalah tertubuhnya satu kumpulan k-pop yang kini menjadi kesukaan remaja masa kini. Konsert jelajah BTS ke Malaysia ini ternyata mendapat sambutan hangat dari peminat-peminatnya yang memenuhi Mega Star Arena.