Gambar: INGimage
Selepas seharian bekerja, badan anda tentunya keletihan dan memerlukan belaian secukupnya untuk mengembalikan tenaga dan memperbaiki semula kulit yang rosak akibat kekeringan dan sebagainya. Waktu malamlah waktu yang lebih kuat untuk kulit bekerja, jadi pastikan kulit anda dalam keadaan yang bersih dan selesa sebelum tidur.
Ikuti langkah-langkah ini demi kebersihan dan kecantikan kulit secara menyeluruh.
- Mandi dengan air suam. Jika anda menggunakan tab mandi, penuhkan tab dengan air suam terlebih dahulu dan campurkan buih mandian aroma terapi. Apabila tubuh berada dalam keadaan selesa, secara tidak langsung ia akan membuatkan minda dan badan jadi lebih relaks. Anda juga boleh cuba bubuh sedikit minyak chamomile bagi melembut serta melicinkan kulit.
- Selesai mandi, lumurkan losen badan atau minyak bayi agar kulit badan atau minyak bayi agar kulit badan dapat mengekalkan kelembapan semalaman. Tidak lupa juga pada tangan dan kaki, sapu krim khas untuk tangan dan kaki, ia amat penting bagi menyediakan tangan yang lembut dan lembap keesokan hari. Pakai sarung kaki atau sarung tangan sekiranya anda ingin merangkap lebih kelembapan pada kulit, namun terpulang pada keselesaan anda.
- Sekiranya anda mengalami masalah kulit kaki yang kering dan mengelupas atau cekam bulu, oleskan krim yang mengandungi bahan seperti glycolic dan asid salisilik. Ia mampu menyingkirkan bakteria, selain melembapkan kulit. Jadikan ia satu rutin setiap kali sebelum tidur.
- Selain badan, tangan dan kaki serta leher juga penting untuk dijaga. Pastikan anda oles sedikit krim di bahagian leher supaya lebih terjaga.
- Pastikan udara dalam bilik sentiasa lembap kerana udara yang lembap dapat memastikan kulit sentiasa berada dalam keadaan lembap serta bersinar keesokan harinya.