Gambar:TPGIMAGES
Sempurna serba-serbi mungkin buat lelaki kelihatan hebat di mata wanita. Namun kesempurnaan takkan wujud tanpa pegangan dan pendirian teguh seorang lelaki. Jadi apa yang membuat lelaki itu hebat sebenarnya? Mahu mencapai tahap lelaki alpha dan mahu tahu siapa mereka? Jom ikuti tipnya.
EMOSI
Emosi yang stabil dan relevan dalam setiap tindakan. Emosi seharusnya tidak melangkaui logik akal dan tindakan yang tidak munasabah. Setiap halangan atau kepayahan diambil positif. Ambil masa dalam mengadaptasi setiap situasi serta beri ruang kepada diri untuk berfikir apa tindakan yang harus dilakukan bagi mengatasi setiap masalah yang datang.
MENERIMA
Terima kekurangan yang ada dalam diri sebagai kekuatan ke jalan kesempurnaan. Ingat tidak ada sesiapa yang tahu tentang kekurangan atau kelebihan anda selain diri sendiri. Jadi, penting untuk anda mengambil masa benar-benar belajar menerima kekurangan diri kerana jika anda dapat menerima dan mengatasi kekurangan yang ada pasti orang lain tidak akan dapat menebak kekurangan yang ada pada diri anda.
RISK TAKER
Lelaki alpha tidak takut mengambil risiko terutama dalam melakukan sesuatu yang bukan forte mereka. Setiap cabaran yang datang tidak diambil mudah dan sentiasa mahu mencuba sesuatu yang baru. Namun apa yang penting, lelaki alpha tidak mengambil sesuatu risiko dengan tujuan menunjuk kehebatan mereka tetapi kerana mahu mencabar diri sendiri.
PERSONALITI
Personaliti yang menyenangkan, lelaki alpha mudah didampingi. Selalunya lelaki alpha amat mementingkan hubungan kekeluargaan dan amat menghormati kedua ibu bapa mereka serta tidak sesekali membelakangkang keluarga. Dan apa yang lebih penting golongan ini tidak pernah lekang dengan senyuman.
BERTANGGUNGJAWAB
Sifat bertanggungjawab terhadap apapun yang berlaku. Tidak menyalahkan orang lain dan sentiasa melihat bebanan tugas yang ada sebagai satu tanggungjawab yang harus dilaksanakan dengan penuh kematangan. Apa yang penting mereka tahu apa yang mereka lakukan.
BERSEDIA
Bersedia dengan segala kemungkinan yang mendatang serta tidak takut melakukan kesalahan. Disebabkan kebanyakan lelaki alpha merupakan mereka yang suka mengambil risiko, golongan ini tidak takut untuk melakukan kesilapan dan belajar daripadanya.