Gambar: INGimage
Sendawa berpanjangan, keadaan badan tidak selesa dan sakit kepala adalah tanda-tanda lebihan angin atau gas dalam badan yang menjengkelkan. Selain itu, perut kembung dan hilang selera makan menjadikan anda hilang keyakinan diri.
Aktiviti seharian anda terbatas dan ini mengganggu perjalanan hidup normal anda. Jadi, EH! kongsikan cara untuk hilangkan lebihan angin dalam badan.
- Kawal pemakanan dan elak makan terlalu banyak makanan ringan serta air berkarbonat.
- Dapatkan ubat perangsang aktiviti usus di farmasi untuk melancarkan aliran darah dan membersihkan usus.
- Lebihkan pengambilan sayur-sayuran, makanan berzat serta buah-buahan.
- Bersenam dan berurut untuk mengurangkan masalah stres.
- Jangan makan dengan laju kerana anda menelan udara dengan lebih banyak. Kunyah makanan dengan betul agar makanan yang tiba di usus mudah dicerna dan dihadam.
- Elak mengunyah gula getah dan kurangkan tabiat merokok.
- Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan bergoreng kerana ia mengambil masa yang lama untuk hadam. Ini menyebabkan gas terkumpul dalam perut.
- Amalkan makan dengan jumlah yang sedikit namun kerap supaya perut tidak kosong dan rasa lapar.