Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Time.com
Betul bak kata orang ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Sempena ulang tahun yang ke-89 Ratu Elizabeth II, majlis keraian Diraja Trooping Of Colors sudah berlangsung dengan meriahnya di Buckingham Palace, London. Sudah semestinya majlis sambutan kelahiran Ratu Elizabeth II penuh dengan istiadat kerabat Diraja kerajaan Great Britain.
Gambar: TPGimages
Namun, yang turut menjadi perhatian lensa kamera pada sambutan hari kelahiran Ratu Elizabeth II adalah gelagat manja Putera George yang menggamit memori Putera Williams sewaktu kecil. Terlihat Putera George memberikan lambaian kepada jutaan penonton yang menyaksikan sambutan bersejarah ini. Ianya nyata sedikit sebanyak mengimbas kembali kenangan sewaktu Putera Williams masih kecil.
Gambar: TPGimages
Putera Williams turut memakai seragam lengkap persalinan bapanya pada hari keraian tersebut. Beliau juga kelihatan sedang mendukung Putera George tatkala berada di balkoni yang pernah satu ketika dahulu beliau digendong oleh bapanya Putera Charles. Bahkan, Putera George juga memakai persalinan berona biru pastel berenda putih krim, sama sewaktu Putera Williams berada di balkoni yang sama ini pada tahun 1984.
Tonton video yang EH! kongsikan ini untuk melihat aksi Putera George di majlis sambutan kelahiran Ratu Elizabeth II yang ke-89.
https://www.youtube.com/watch?v=Uyi4h81Chlg#t=48
Video: BBCNews