Oleh: Farhana Fuad
Gambar: INGimage
Tatkala mengingatkan segala pengorbanan seorang bapa buat keluarga dan anak-anaknya, ianya amat berharga dan tidak terhitung jasanya. Melihat sahaja gelagat aksi selebriti lelaki Hollywood bersama anak sudah mampu buatkan hati tersentuh melihat dan mengimbas segala pengorbanan seorang bapa bertanggungjawab.
Siapa dia lelaki Alpha? Lelaki Alpha boleh dikait rapatkan dengan seorang bapa yang memikul beban sebagai ketua sebuah kekeluargaan serta menjadi punca rezeki membesar dan menanggung segala isi rumahnya, pastinya mereka perlukan penghargaan walaupun hanya dengan sebingkis hadiah istimewa.
EH! kongsikan hadiah-hadiah cool yang mungkin anda boleh pertimbangkan buat hari bapa.
1. Set lengkap L’Occitane yang diperkaya dengan kandungan Cedrat untuk penjagaan kulit menyeluruh hadir dalam dua pakej. Set pertama dilengkapi dengan pencuci wajah, gel wajah dan gel pencukur. Set kedua pula cukup sempurna dengan parfum EDT 100ml serta deodoran.
Gambar: L’Occitane
Gambar: L’Occitane
2. Buat bapa yang gemarkan sukan golf, sudah pastinya mampu buatkan si bapa tersenyum menghargai jika anda menghadiahkan pakej lengkap percutian golf buatnya di hari bapa kali ini. Sedikit sebanyak memastikan si bapa sentiasa dalam keadaan aktif dan sihat sepanjang masa dengan aktiviti riadah.
Gambar: INGimage
3. Set lengkap joran pastinya buatkan si bapa menghargainya dengan sepenuhnya. Ianya sesuai si bapa yang gemar akan sukan memancing. Ia bukan hanya mampu buatkan si bapa terharu, malah mampu buatkan mereka sentiasa terisi masanya dengan aktiviti yang berguna dan mengeluarkan peluh apatah lagi jika ianya sesi memancing bersama anda.
Gambar: INGimage
Juga anda boleh melanggan selama setahun mana-mana dua majalah kegemaran edisi digital di link di bawah dengan harga promosi RM22 sahaja sempena hari bapa.
Langgan segera! Promosi sah sehingga 15 Julai 2015
Klik www.magzter.com/SPH/JUSTFORDADS untuk miliki tawaran ini sekarang!