Resipi: The Westin Kuala Lumpur
Gambar: INGimage
Mungkin akan tiba masa anda tidak lagi teruja untuk berbuka di luar ataupun membeli makanan bungkus dari dari bazar Ramadan. Hendak pula apabila ekonomi sekarang ini menjadi-jadi tingginya. Kadang kala sehinggakan terpaksa menahan selera dek kerana ingin berjimat. EH! kongsi resipi mudah tetapi nampak mewah untuk anda jamu selera dengan teman mahupun keluarga.
*Hidangan untuk 10 orang
Bahan-bahan:
- 1 ikan jenahak atau ikan merah
- 80gram bawang (dihiris)
- 20gram bawang putih (dihiris)
- 20 gram halia (dikisar)
- 10 gram serai (dikisar)
- 2 biji tomato (dipotong kiub)
- 4 biji cili hijau
- 10 gram daun ketumbar (dihiris)
- 1 sudu kecil campuran halba
- 5 gram daun kari
- 160 gram serbuk kari ikan
- 1 sudu besar pes cili
- 50 gram kismis (diricik halus)
- 40 gram pes asam jawa (bancuh dengan air)
- 30 ml santan
- 10 gram serbuk kunyit
- 1 cawan minyak masak
- garam secukup rasa
- gula secukup rasa
Cara Penyediaan:
- Perap seketika ikan dengan garam dan kunyit.
- Panaskan minyak, tambah daun kari, daun ketumbar dan kacau halba, tumis dan bahan campuran sehingga wangi.
- Tambah pes cili hijau. Tumis selama 3 minit lagi.
- Tambah serbuk kari, kacau selama lebih kurang 2 minit kemudian masukkan santan.
- Masukkan yogurt, pes asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan bendi, baji bawang dan potongan tomato sebagai hiasan. Siap untuk dihidang.