Oleh: Farhana Fuad
Gambar: AirAsia
10 finalis AirAsia Runway Ready Designer Search yang dipilih oleh barisan panel hakim bersedia untuk mementaskan rekaan segar mereka bersama AirAsia untuk Minggu Fesyen KL Fashion Week pada bulan Ogos nanti.
Dengan adanya program sebegini, ianya lebih banyak membuka minat dan bakat yang tersimpan dikalangan pereka fesyen muda ini. Masing-masing dari mereka membawa impian untuk berjaya di pentas pencarian ini.
AirAsia membawakan pencarian bakat muda ini bagi memberi platform kepada pereka muda bagi memaparkan bakat mereka dan menempa nama dalam industri fesyen menerusi kolaborasi strategik bersama pasukan KL Fashion Week Ready To Wear.
Dilancarkan bulan lalu dan mendapat sambutan hangat oleh pereka muda tanah air. Sebanyak 350 penyertaan dari pelajar-pelajar jurusan rekaan fesyen dan pereka dari seluruh negara dan sejumlah 62 pereka pula telah disenarai pendek dan diberi peluang untuk membentangkan inspirasi dan rekaan mereka kepada panel hakim.
Barisan hakim termasuklah Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Andrew Tan, Pengasas KLFW RTW dan turut disertai individu berpengaruh Khoon Hoi dan Jovian Mandagie, pereka fesyen terkenal Malaysia serta Khairul Abidin Ishak merangkap Editor Majalah EH!.
Bagi Aireen Omar, pemilihan dari 62 pereka disenarai pendek ke 25 orang dan seterusnya ke 10 orang finalis adalah satu tahap yang susah kerana masing-masing mempunyai bakat pereka fesyen yang tersendiri.
10 Finalis adalah :
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
1. Shazmin Hashim
2. Syamil Fazwan
3. Muhammad Nur Hazimin
UCSI University
1. Lee Bao En
Esmod Kuala Lumpur The Onc Academy
1. Liew Suet Yi
2. Ong Pei Yin
3. Ter Mei Ching
Limkokwing University of Creative Technology
1. Nur Irsalina Sulzaily
Malaysian Insitute of Art (MIA)
1. Andy Yeo Kai Seh
2. Foo Yee Ming
Dari 10 finalis ini, tiga antara mereka akan dipilih sebagai pereka terbaik dan akan diumumkan pada akhir pencarian ini serta memegang gelaran ‘AirAsia Most Promising Designer 2015’ bersama hadiah-hadiah yang lain termasuk Piala AirAsia Runway Ready Designer Search, tiket pergi balik ke Tokyo, Sydney dan Hong Kong yang mencecah nilai sehingga 60,000 AirAsia BIG Points setiap satu.
Ditambah lagi dengan komputer riba Dell Inspiron 11 3000 dan berpeluang untuk mempersembahkan koleksi penuh mereka pada KL Fashion Week RTW 2016 serta banyak lagi peluang lain.
Kini anda boleh mengikuri perjalanan AirAsia Runway Ready Designer Search 2015 di saluran YouTube AirAsia bagi siri episod web, disebalik tabir dan wawancara ekslusif bersama pereka dan panel hakim.