Gambar: INGimage
Tidak kira apa jenis kulit sekalipun sama ada kering, berjerawat, kusam, berkedut, berminyak atau sensitif, anda tidak patut elakkan pelembap dan primer dalam rutin penjagaan kulit anda.
Jika berterusan meninggalkan penggunaan pelembap, anda akan dapati kulit semakin mudah kemerahan, mengelupas dan kemungkinan cepat berkedut.
Jadi, ketahui jenis kulit anda dan kaji jenis pelembap dan primer yang bagaimana serasi buat kulit anda.
Berkedut/ Pori-pori luas
Pelembap
Gunakan pelembap yang mengandungi peptida dan SPF. Ia dapat menangani masalah kedutan dan garis halus juga mencegah berlakunya tanda-tanda awal penuaan dengan melindungi kulit dari cahaya matahari.
Primer
Juga gunakan primer dengan kandungan peptida untuk mengurangkan garisan halus. Atau anda boleh cuba primer dengan rumusan minyak tea tree bagi mengurangkan minyak.
Pelembap
Tinted moisturizer adalah pelembap terbaik buat kulit kusam. Jika anda jenis yang selesa tidak bersolek dengan menepek bedak asas atau bedak tabur, inilah penyelesaiannya. Ia menyerlahkan kilauan kulit selain membuat wajah tampak segar.
Primer
Cuba primer dengan rona seperti merah jambu lembut atau ungu pastel. Ia memberi sinaran kulit yang semula jadi serta merawat rona kulit yang tidak sekata.
Pelembap
Gunakan pelembap yang berlabel noncomedogenic, bebas minyak, atau bebas paraben. Selalunya produk yang berlabel sebegini dapat mengelakkan pori-pori dari tersumbat. Walaupun anda mengalami jerawat yang teruk, anda tetap memerlukan pelembap. Malah, dengan mengoles losen pelembap sejurus selepas mengoles krim jerawat dapat mengurangkan kekeringan dan kerengsaan kulit.
Primer
Primer dengan rumusan bebas minyak dan anti jerawat adalah pilihan yang tepat buat anda. Ia merawat jerawat serta memberi efek penyamaran pada jerawat. Rumusan asid salisilikdan silika juga membantu penyerapan minyak lantas mengekalkan kulit yang pusam dan segar sepanjang hari.
Kering
Pelembap
Apa saja jenis pelembap sesuai buat kulit yang kering, sememangnya tujuan pelembap adalah untuk memberi penghiratan sempurna pada kulit. Namun pelembap jenis losen atau gel atau apa-apa jenis pelembap yang ringan (lightweight) mungkin kurang memberi efek pada kulit anda. Jadi kemungkinan kulit anda memerlukan pelembap jenis krim yang lebih pekat.
Primer
Primer dengan rumusan penghidrat seperti gliserin dapat membantu mengekalkan kandungan air pada kulit. Apabila anda mahukan efek dewy oleskan pada keseluruhan wajah, tidak mengapa kerana kandungan air yang tinggi tidak akan menyebabkan pori-pori tersumbat.