Resipi: Duta Ducth Lady
Gambar: shutterstock
Umumnya tahu di tanah air kita ini mempunyai pelbagai jenis laksa. Ada laksa Penang, laksa Johor, laksa Sarawak dan juga laksa Kelantan yang turut dikenali sebagai laksam.
Masing-masing punya perbezaan dan keunikan dari segi citarasanya. Jadi, sempena bulan puasa ini, pastinya ramai yang memerlukan resipi ringkas dan menyelerakan untuk idea menu berbuka.
Jom cuba untuk hidangan menu berbuka puasa bersama seisi keluarga.
Bahan-bahan:
2 Inci halia
15 biji bawang merah
Bahan-bahan sup:
2 inci halia
15 biji bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
4 batang serai
3 keping asam keping
Lada hitam (secukup rasa)
100ml santan
4 sudu besar Susu Tepung Penuh Krim Dutch Lady (dilarutkan dengan 200ml air)
1 sudu besar gula merah
Daun herba:
Daun selom
Daun kesum
Bunga kantan
Daun ketumbar
Daun selasih
Ulam raja
Mi
Mi soya nipis
Cara penyediaan sup:
- Rebus ikan kembung yang sudah dibersihkan.
- Sebaik ikan kembung masak, asingkan isi dan tulang ikan tersebut.
- Tapis air rebusan ikan.
- Kisar kesemua bahan-bahan berikut; halia, bawang merah, bawang putih dan serai. Masukkan ke dalam periuk bersama air rebusan ikan, santan, susu Dutch Lady dan asam keping. Biarkan ia mereneh sambil kacau sup tersebut selama 10 minit.
- Keluarkan asam keping dan kisar bahan-bahan sup tadi.
- Masukkan balik ke dalam periuk dan masukkan garam, lada hitam dan juga gula merah.
- Masukkan kupang, sotong dan juga ikan salmon.
Cara penyediaan mi:
- Rebuskan mi di dalam air panas, tambah sedikit garam dan minyak. Masak sehingga kenyal.
- Tapis mi dan bilas dengan air sejuk supaya mi tersebut tidak menjadi terlalu lembut.