Setiap pagi anda bangun pada jam 6 pagi dan sudah bersesak di jalan raya dan apabila tiba di pejabat, kerja dimulakan. Anda akan melakukan rutin yang sama pada setiap hari dan tanpa anda sedar ia sebenarnya tidak menggambarkan siapa diri anada yang sebenarnya.
Berubah fikiran dan mahu berhenti kerja? Tahukah anda ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk menjadi diri anda sendiri dan pada masa yang sama melakukan aktiviti rutin harian di pejabat anda.
Kenali diri
Cuba ingat kembali masa anda membesar apa minat dan cita-cita sebenar ketika itu. Jika apa yang anda yang anda lakukan sekarang adalah apa yang ingin lakukan sejak kecil, saya boleh katakan anda seorang yang bertuah dan saya juga pasti anda memiliki kehidupan yang anda inginkan. Namun jika sebaliknya inilah masa terbaik untuk anda mengenal kembali diri anda. Bagaimana zaman remaja ketika di kolej dihabiskan bersama rakan sekelas? Sama ada anda seorang yang aktif bersukan, be with a band atau seorang yang sukakan aktiviti sosial bertemu ramai orang? Dan kerjaya anda sekarang menghalang serta membuatkan anda melupakan semua kemanisan tersebut? Yang pasti kita tidak akan kembali ke masa lampau tersebut namun minat yang ada itu jangan terus terkubur. Ambil masa untuk lakukan kembali kecenderungan anda.
Fokus
Kate Mully pernah menulis “Keep focus on what you want to achieve, rather than what you job is” dan hujah Mully diteruskan- Jika anda gembira dengan kerja yang anda lakukan sekarang, berhenti seketika dan berfikir sejenak adakah anda mahu menghadapi kehidupan yang sama untuk 10 tahun akan datang? Kaitkan kembali dengan kehidupan sosial anda- keluarga, rakan-rakan dan yang tersayang. Adakah mereka gembira dengan apa yang anda lakukan sekarang? Kerana mereka juga sebahagian daripada hidup anda.
Get a life! Kerana rutin seharian yang anda lalui di pejabat dan kadang berlarutan ke luar pejabat namun masih berlegar tentang kerja harus diisi dengan waktu rehat. Fokus harus diubah daripada kerja kepada kehidupan sosial harian agar 10 tahun mendatang andai kata anda masih melakukan pekerjaan yang sama ia tidak akan membuat anda berasa terbeban kerana kejayaan dalam kerja tidak semestinya membentuk kejayaan dalam kehidupan.