Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Clinique
Jika ditanya pada golongan lelaki, majoriti mereka sukakan wanita yang kurang menggunakan produk solekan. Ianya lebih tampak semula jadi dan tidak terlalu berlebihan. Bahkan, jika wajah tampak lebih solekan, ia sedikit sebanyak menampakkan seolah tiada keyakinan diri sendiri. Namun, tidak semestinya kulit tidak memerlukan sebarang produk solekan kerana kulit juga perlukan perlindungan dari sinar terik mentari yang merosakkan kulit.
Clinique, jenama produk kecantikan terkemuka dunia kini berjaya menampilkan satu produk yang pasti boleh memberikan kulit wajah tampak lebih berseri semula jadi. Inovasi terbaru dari Clinique, litupan asas Beyond Perfecting Foundation + Concealer SPF 19/PA++ merupakan rekaan terbaru daripada Clinique. Ianya dihasilkan khas untuk kulit orang Asia. Bedak asas 2-dalam-1 ini dicipta dengan kuasa liputan penyamar noda (concealer).
Teksturnya yang ringan dan lembut memberikan kulit terasa seakan tidak memakai apa-apa. Ianya dilengkapi dengan perlindungan SPF19 untuk mengelakkan kulit daripada selaran matahari. Bedak asas ini hadir dalam enam ton iaitu Ivory, Rose Beige, Fresh Beige, Cream Beige, Neutral dan True Beige. Setiap satunya dijual pada harga RM132.
Tonton video yang EH! kongsikan ini bersama Clinique dan Elizad Sharifuddin yang berkongsi pengalamannya menggunakan Clinique Beyond Perfecting Foundation + Concealer SPF19/PA.