Dari kemodenan landskap hinggalah kekayaan alam semula jadi, Korea Selatan ada segalanya untuk jurnal kembara anda!
#1 Minggu Fesyen Seoul
Gambar: Google.com
Dongdaemun Design Plaza menjadi destinasi kelompok fesyen utama Korea berkumpul untuk menyaksikan koleksi terbaru pereka lokal mempersembahkan karya mereka pada setiap bulan Mac dan Oktober.
#2 Taman Tema Terbesar
Gambar: www.cheechingy.com
Lotte World adalah taman tema indoor terbesar di dunia. Dibuka sepanjang tahun, segalanya ada di bawah satu bumbung termasuklah thrilling rides, gelanggang ais, muzium, sebuah tasik dan pelbagai jenis keseronokan untuk seisi keluarga.
#3 Festival Rock
Gambar: www.korea.net
Jika anda peminat tegar muzik rock, Pentaport Rock Festival di Incheon dan Jisan Valley Rock Festival perlu ada dalam jurnal kembara anda nanti. Berlangsung pada penghujung Julai setiap tahun, festival ini pernah menyaksikan kehadiran kumpulan rock terkenal seperti Pet Shop Boys dan Oasis.
#4 Kafe Kucing
Gambar: eslblogcafe.com
Jika anda pencinta kucing, tidak lengkap kembara anda tanpa mengunjungi mana-mana cat cafe yang terdapat di Seoul. Hanya dengan membayar bayaran masuk (termasuk satu minuman), anda dapat meluangkan masa ditemani kucing-kucing yang comel dan jinak di dalam kafe tersebut.
#5 Snow Wonderland
Gambar: www.jbt.co.jp
Korea Selatan kaya dengan banjaran gunung yang diliputi salji pada setiap musim sejuk. Kunjungi Yongpyong yang merupakan resort ski terbesar untuk anda merasai sendiri pengalaman meluncur salji yang menyeronokkan. Tahukah anda di situ juga berlangsungnya penggambaran drama bersiri popular, Winter Sonata.
#6 Makan Belut Hidup
Gambar: pheurontay.com
Noryangjin Fish Market antara yang menjadi tumpuan dengan menjual pelbagai jenis makanan laut segar. Rasa sendiri kesegaran makanan laut seperti belut di restoran yang berada di tingkat atas pasar, tetapi jangan terkejut dengan harganya yang sedikit mahal.
#7 Silent Disco
Gambar: evoice.ewha.ac.kr
Mahu berdansa? Keunikannya di Seoul partygoers memakai headphone sambil berdansa. Hanya 300 yang pertama akan menerima headphone. Silent disco ini diadakan pada hujung minggu di Norita Park dan sepanjang jalan Hongdae.
#8 Pulau Jeju
Gambar: theodysseyonline.com
Lari dari kesesakan kota, anda pasti terpegun dengan Pulau Jeju yang menawarkan keindahan alam semula jadi seperti gunung berapi yang masih aktif dan pesisir pantai pada iklim sederhana. Pulau yang kaya dengan cerita rakyat ini turut digelar ‘The Hawaii of Korea’.
#9 ‘The Scariest Place on Earth’
Gambar: www.worldtribune.com
Demilitarized Zone atau DMZ adalah kawasan sepanjang 4 kilometer yang memisahkan Korea Selatan dengan Korea Utara. Seperti kawasan peperangan yang dipenuhi tentera bersenjata, pelancong berpeluang berjalan di dalam terowong yang dibina oleh tentera Korea Utara selain kawasan Joint Security Area di Panmunjeom yang popular.
#10 Muzium Kimchi
Gambar: commons.wikimedia.org
Tidak sempurna lawatan ke Korea nanti tanpa melawat Muzium Kimchi yang terletak di Coex Mall. Selain dapat merasa sendiri beberapa jenis kimchi, pengunjung turut boleh belajar cara membuat kimchi yang menjadi makanan utama penduduk Korea.
#11 Mendaki di Taman Negara
Gambar: whattoseein.net
Kehijauan dan keindahan alam semula jadi di Korea perlu anda terokasi sendiri dengan membuat ekspedisi pendakian di Seorak-san, Jiri-san atau Wolchul-san National Parks. Musim panas adalah masa paling sesuai untuk berkhemah selain menikmati pemandangan gunung ganang di sana.
#12 Cheonggyecheon Stream
Gambar: spacepublic.com
Terletak di tengah bandaraya Seoul, Cheonggyecheon Stream adalah terusan pejalan kaki yang dibina dalam usaha menghijaukan ibu negara Korea Selatan. Sepanjang 8.4 kilometer, ia menjadi jalan alternatif yang lebih segar dalam menghubungkan dari satu tempat ke tempat lain tanpa perlu berjalan sepanjang jalan raya yang sesak.
#13 Festival Lumpur
Gambar: www.onedaykorea.com
Bermula pada 1998 oleh sebuah syarikat kosmetik, Boryeong Mud Festival kini menjadi tarikan utama pelancong dan penduduk tempatan. Berlangsung selama dua minggu pada penghujung Julai, pelancong dapat berseronok bermandi lumpur yang turut sama bagus untuk kulit anda.
#14 Festival Filem Antarabangsa Busan
Gambar: www.soompi.com
Antara festival filem utama Asia, Festival Filem Antarabangsa Busan menyaksikan penyertaan hampir 300 buah filem setiap tahun. Selain menjadi pentas buat penggiat filem memperkenalkan karya mereka, anda turut sama boleh bertemu secara dekat dengan bintang-bintang ternama perfileman Korea dan antarabangsa.
#15 Kunci Cinta
Gambar: www.flickr.com
Terletak di tingkat bawah Menara Namsan di Seoul terdapat sebuah kawasan untuk dedikasikan luahan cinta persis drama popular Korea. Yang sudah berpasangan mahupun masih bujang, tulis nota cinta pada sebuah kunci mangga dan kunci pada pagar dawai atau pokok.