Gambar: INGimage
Semua antara kita pasti akan melalui fasa dikecewakan, ditinggalkan atau disakiti kerana cinta. Dan perasaan ini seringnya membawa kita kepada permainan emosi yang tidak terjaga. Jika anda terus memilih untuk melayan perasaan kecewa tersebut nyata tiada apa yang mampu anda lakukan untuk melepaskan kesakitan tersebut. EH! berkongsi cara bijak untuk anda let go dan move on!
Situasi
Andaikan situasinya begini. Anda menghabiskan masa bersama si dia hampir lima tahun dan sepanjang tempoh ini baik susah mahupun senang sesuatu perkara yang anda lakukan, anda tahu si dia sentiasa ada di sisi. Namun cerah tidak berpanjangan, hujan di tengah hari – putus pertalian kasih yang dijalin. Anda kecewa dan berterusan dihantui pengalaman pahit itu. Satu perkara yang pasti jika anda masih tidak boleh melepaskan mimpi ngeri ini adalah anda akan sentiasa negatif dan menjadi cengeng hari ke hari. Ingat selagi ada tidak mampu melepaskan segala yang telah berlaku selagi itu anda tidak akan dapat bergerak ke hadapan dan melalui fasa baru dalam hidup.
Tiada penyesalan
Apabila berlaku perpisahan dalam perhubungan yang dijalin dan ia bukanlah apa yang anda inginkan, jangan sesekali menyesali apa yang telah terjadi. Dengan menyesali apa yang telah terjadi hanya akan membuatkan keadaan menjadi bertambah teruk. Ya, benar bukan mudah untuk melupakan namun jika semuanya dihadapi dengan tenang tiada apa yang mustahil. Alihkan perhatian anda kepada keluarga atau rakan rapat dan salurkan perasaan marah dan kecewa tadi kepada sesuatu yang positif setiap kali menghabiskan masa bersama mereka. Bak kata seorang penulis, Lori Deschene – “When you focus on the positive, it’s easier to move on because you feel empowered and not victimized.”
Salurkan perasaan ke medium lain
Putusnya kasih mungkin ibarat kiamat dalam hati yang merasa. Setiap detik akan dipenuhi dengan persoalan dan emosi kemarahan. Tidak salah membiarkan diri diselubungi persoalan mengapa dan kenapa anda berhak untuk memahami realiti tersebut. Namun usah biar perasaan tersebut terus berlarutan. Salurkan segala kekecewaan tersebut kepada medium seperti penulisan, muzik, karya lukisan atau mungkin sudah tiba masanya untuk anda belajar membuat kek! Anda adalah insan paling jujur ketika anda kecewa dan kejujuran akan membuat anda mengenal siapa diri anda yang sebenarnya.
Love VS Fear
Memetik kata-kata pujangga Frank San’t Agata – Love and fear are the only emotions we as human entities are able to express. Cinta itu menenangkan dan ketakutan itu adalah senjata yang membunuh baik perasaan mahupun tindakan. Dan melalui kata-kata ini tentu saja kita dapat membezakan dua perasaan ini tidak mungkin boleh menyatu. Lori Deschene dalam tulisannya, Past Relationship menulis – Jika anda berpegang pada perhubungan ia lebih kepada satu ikatan zahir namun jika anda berpegang pada cinta ia akan membuat anda memahami erti sebenar kebahagiaan. Mungkin ada yang sukar memahami frasa ‘love is letting go’ namun menurut Deschene jika anda percaya pada takdir hidup, bertenang dan menjauhi kemarahan anda akan faham tentang erti sebenar ‘letting go’.
Teruskan kehidupan!
Kumbang nyata bukan seekor. Anggap perpisahan yang berlaku merupakan satu frasa ke hadapan buat anda melangkah ke alam hidup yang lebih matang. Mula cari kenalan baru, medium seperti Facebook saluran terbaik untuk mendapat kenalan baru. Dengan melihat profil anda boleh tahu sama ada chemistry boleh dicipta atau tidak melalui minat dan kecenderungan. Belajar dari pengalaman lalu dan usah mudah terlarut dalam perhubungan yang dijalin. Ambil masa dan berhati-hatilah menjaga hati agar tidak terluka lagi.