Penyelidikan menunjukkan bahawa pelbagai rangsangan ketika bayi berada dalam kandungan adalah merupakan satu permulaan untuk membina dan menggalakkan perkembangan kognitif bayi. Pastinya ramai pasangan suami isteri yang bakal bergelar ibu dan bapa inginkan anak mereka membesar dan menjadi pintar dan yang terbaik.
Gambar: INGimage
Semuanya bermula dari persediaan dari dalam rahim lagi. Sebenarnya setiap apa-apa yang anda lakukan boleh memberi kesan kepada bayi yang akan dilahirkan. Dalam kata lain, setiap perbuatan dan sikap yang si ibu lakukan akan teralir terus kepada bayi yang dikandungkan.
Jadi, pastinya anda mahukan yang terbaik dari anak anda sebaik dari kelahirannya. Mungkin kalian patut ambil berat tentang tip ini ketika bayi dari dalam kandungan lagi agar si comel lahir dengan cukup sifat dan lebih istimewa lagi apabila mereka pintar dan bijak.
Jangan merancang tarikh kelahiran
Keep that bun in the oven as long as possible. Pakar biologi dari Universiti Durham, United Kingdom mendapati korelasi antara panjangnya masa kehamilan dan tumbesaran otak. Menurutnya, apabila manusia mempunyai saiz otak yang besar, ia menunjukkan bahawa lebih banyak tenaga pemproses kognitif. Bahkan, pakar dari organisasi kesihatan bayi menasihatkan agar ibu hamil tidak merancang kelahiran sebelum 39 minggu kelahiran, iaitu tatkala otak bayi sedang di bawah tahap perkembangan.
Ambil suplemen zat besi lebih awal
Kajian terbaru di University of Rochester Medical Center mendapati kurangnya zat besi pada ibu yang hamil pada awal kehamilan boleh memberi kesan pada perkembangan otak bayi. Ia dianggarkan bahawa satu pertiga kepada separuh wanita mengalami tahap zat besi yang rendah, dan menjadikan ianya satu perkara yang penting untuk wanita agar mengambil suplemen zat besi lebih awal sebelum hamil sebagai makanan tambahan dalam sehari. Dengan kekurangan zat besi, ianya melambatkan perkembangan bayi serta akan menunjukkan masalah pembelajaran bahasa apabila si comel lahir kelak.
Banyakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran
Si ibu hamil mungkin mengidam akan milkshake atau makanan ringan, tetapi bayi menginginkan nutrisi berkhasiat buatnya. Vitamin yang anda dapati dari sumber makanan yang sihat boleh memberi daya sokongan pada perkembangan otak bayi lebih baik daripada snek makanan.
Ikut kelas yoga pranatal
Ibu hamil yang mengalami masalah emosi yang negatif seperti stres, mudah berasa takut atau marah boleh menjadikan bayi dalam kandungan turut sama mewarisi sifat dan emosi si ibu. Bayi yang lebih tenang akan lebih cepat belajar ketika mula bersekolah. Kelas yoga bukan hanya membantu untuk memberikan si ibu tenang dan relaks, bahkan ianya juga meregangkan otot dan lebih selesa.
Dengar muzik klasik
Tidak perlu sehingga membeli earphone yang khas untuk meletakkannya pada perut ibu hamil. Hanya dengan mendengar semasa melakukan aktiviti harian sudah cukup membantu dalam membina jambatan neural kepada otak bayi.
Bercerita bersama bayi
Kajian mendapati bayi yang masih di dalam kandungan mendengar segala apa yang ibunya katakan bermula 10 minggu terakhir kehamilan dan ketika saat kelahiran, bayi boleh mula mendemonstrasi apa yang mereka pernah dengari. Dalam kajian juga menunjukkan bahawa bayi yang baru sahaja dilahirkan akan mula bertindak balas kepada bunyi vokal, yang mana elemen percakapan yang sering mereka dengar. Setiap komunikasi yang didengarkan kepada bayi ketika di dalam rahim adalah berguna untuk memastikan fungsi baik percakapannya. Dengan membaca kisah cerita sebagai contoh, ianya membantu dari segi percakapannya kerana berdasarkan bunyi suara si ibu yang bercerita kepadanya sejak si bayi masih belum dilahirkan.
Ikatan kasih sayang melalui sentuhan
Ianya tidak asing lagi apabila melihat wanita hamil menyentuh, membelai dan mengurut lembut perut mereka bersama ritma setelah disahkan kehamilan. Ianya dikatakan satu tindak balas yang natural apabila disahkan hamil, ianya juga seakan si ibu mula untuk berkomunikasi bersama bayi dalam kandungan. Bermula dari minggu ke-8 lagi bayi sudah mula mempunyai deria sensitif pada sentuhan dan akan mula untuk bergerak dan menyentuh tubuhnya sendiri. Bayi akan sentiasa bertindak balas pada rangsangan, menendang atau mungkin menolak kembali. Kajian juga mengesyorkan dengan rangsangan dari hasil urutan yang si ibu lakukan adalah menenangkan dan meyakinkan bayi di dalam rahim, menurunkan kadar denyutan jantung dan mengehadkan pergerakannya.