Oleh: Farhana Fuad
Penyanyi genit yang melakar nama di persada antarabangsa ini sememangnya menarik perhatian ramai, apatah lagi apabila melangkah cantik di hamparan merah majlis-majlis rasmi. Ternyata dia punya aura serta citarasa fesyennya yang tersendiri. Setiap lensa kamera pasti beralih ke arahnya untuk merakam gaya karpet merah Selena yang bijak bergaya mengikut usianya.
Jom lihat stail Selena Gomez di hamparan merah buat inspirasi gerobok fesyen anda.
Selena Gomez tampil berbusana Emilio Pucci di Vanity Fair tahun lalu.
Bergaya anggun menawan dengan busana dari Gucci.
Serba hitam di karpet merah American Music Award dalam persalinan Armani Prive
Gomez hadir di majlis Vanity Fair Oscar Party 2015 dengan busana mewah Louis Vuitton.
Putih bersih dengan membawa tema Cina, Gomez melayari hamparan merah di China : Through Looking The Glass dengan gaun putih dari Vera Wang.