Oleh : Farhana Fuad
Gambar: H&M
Tahun ini H&M kembali bekerjasama dengan pereka fesyen dan rumah fesyen terkemuka dan jenama Balmain dari Paris menjadi pilihan dan menjadi sebutan sejak kolaborasi ini diumumkan awal tahun ini. Jika tahun lalu kolaborasi bersama Alexander Wang yang mendapat sambutan hangat dari peminat fesyen sehingga pembeli sanggup berada bermalam di hadapan H&M untuk beratur sehari sebelum jualan koleksi tersebut berada di pasaran.
Apatah lagi dengan koleksi kolaborasi tahun ini. Yang pasti ternyata dengan penggayaan model ternama antarabangsa seperti Kendall Jenner dan ramai lagi buat koleksi Balmain x H&M ini mampu membuatkan ramai yang teruja untuk mendapatkan helaian fesyen bercitarasa tinggi ini yang bakal dilancarkan pada 5 November nanti di butik H&M Avenue K dan Lot 10.
Pengarah kreatif, Olivier Rousteing menyerapkan kesungguhan dan citarasanya ke dalam setiap helaian yang direkanya termasuklah helaian berperincian, jahitan kemas dan juga attitude. Sulaman mewah dan kuasa siluet memainkan peranan bersama dengan citarasa Paris serta sentiasa dengan elemen effortlessness.
Buat koleksi lelaki pula, ianya direka dengan stail effortless yang membuatkan Balmain antara label fesyen lelaki mewah masa kini. Ianya menitikberatkan potongan sharp blazer, jaket kulit dengan attitude, slouchy trousers dan segala aksesori yang diperlukan untuk tampil penuh dalam ceraian Balmain. Setiap darinya sarat dengan perincian signature dan mood yang selari dengan gaya jalanan, sukan dan hip-hop kota Paris.
EH! kongsikan gambar koleksi Balmain x H&M untuk buat anda lebih teruja untuk sama beratur menantinya di pasaran kelak.
[soliloquy id=”90206″] [soliloquy id=”90214″]