Definisi onani adalah aktiviti yang dilakukan sendiri bagi merangsang alat sulit, tidak kira lelaki mahupun wanita untuk mencapai klimaks. Kadang-kala, peralatan seks juga digunakan bagi melancarkan proses onani seperti pelincir atau vibrator.
Kebanyakan mereka yang melakukan onani adalah mereka yang belum berkahwin atau pasangan tidak bersedia atau tidak berminat untuk melakukan hubungan seks. Mereka tidak dapat menahan keinginan akibat pendedahan melampau terhadap video atau filem lucah atau godaan daripada pasangan.
Namun tidak ramai yang tahu tentang kesan buruknya pada kesihatan tubuh badan sama ada sekarang atau di masa akan datang. Jadi, EH! senaraikan kesan buruk onani untuk pengetahuan anda.