Gambar: Arkib EH!
Kecoh di media sosial mempersoalkan tentang kehamilan Datuk Siti Nurhaliza. Tetapi baru-baru ini ketika pihak media menemui penyanyi no.1 Malaysia ini di Konsert Satu Suara Volume 2, Siti menafikan akan kehamilan yang digembar gemburkan itu.
Namun, isu ini bangkit semula setelah sumber terdekat dengan isteri Dato’ K ini memberikan penjelasan tentang kehamilan Dato’ Siti.
“Ia, memang benar Siti Nurhaliza sudah mengandung. Kehamilannya kini dalam usia sekitar enam ke lapan minggu. Jika dilihat dalam kenyataan-kenyataan kepada media, baik Siti mahupun suaminya, Datuk Khalid sendiri tidak ‘mengiyakan’ berita kehamilan itu”
Gambar: Instagram Dato’ Siti Nurhaliza
“Bagaimanapun, dalam masa yang sama, mereka juga tidak membuat ‘penafian’ kerana memang benar Siti sudah hamil. Tindakan ini bukan untuk membuatkan orang lain tertanya-tanya, juga bukan niat mereka untuk menyembunyikan berita baik itu. Tetapi dalam usia kandungan yang masih terlalu awal lagi, eloklah tidak terlalu didedahkan”
“Selain itu juga, pesan orang tua-tua juga diambil kira dalam soal ini. Tidak boleh terlalu bersuka ria dalam soal sebegini. Apabila sampai waktunya nanti, pada masa yang lebih sesuai, mereka akan tampil dan berkongsi berita baik itu dengan semua,” jelas sumber yang terdiri daripada keluarga terdekat pasangan tersebut kepada Utusan Malaysia.