Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Instagram Shukri Yahaya
Selamat sudah dua merpati sejoli ini diijab kabulkan pada tarikh 20 November 2015 dengan sekali lafaz di Masjid Tuanku Mizal Zainal Abidin, Putrajaya. Pada majlis berkenaan, Shukri menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, sebentuk cincin emas dan tujuh dulang hantaran yang kemudiannya dibalas sembilan dulang dari pihak Tya.
Ketika majlis tersebut berlangsung, ianya disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan dan Penceraian Putrajaya, Muhd. Reza Ahmad dan berwalikan bapa Tya sendiri, Ahmad Adnan Ishak. Malam sebelumnya, sudah berlangsung di kediaman keluarga Tya majlis berinai dengan bertemakan Bollywood. Direncanakan pula pada hari ini merupakan majlis resepsi mereka di Cyberjaya.
Tambahnya lagi, Shukri turut menyatakan hasratnya untuk membawa isteri melakukan umrah pada tahun hadapan sebelum berbulan madu.
“Sebelum pergi berbulan madu, kalau boleh saya mahu bawa Tya ke Mekah terlebih dahulu. Ini memang sudah direncanakan awal. Bagaimanapun, belum ada tarikh tertentu ditetapkan kerana jadual lakonan saya penuh sehingga ke hujung tahun. Mungkin awal 2016 baru dapat memilih tarikh bersesuaian,” ujar Shukri kepada Utusan Online.
EH! ucapkan selamat melayari bahtera perkahwinan buat Shukri dan Tya. EH! kongsikan gambar di sekitar majlis akad nikah Shukri Yahaya dan Tya Adnan.
[soliloquy id=”91156″]