Oleh: Farhana Fuad
Gambar: TPGimages
Memakai denim kala ke pejabat adalah tidak salah jika etika pemakaian denim tidak dilarang di tempat kerja anda. Namun penggayaannya juga haruslah betul dan bersesuaian.
EH! kongsi tip menggayakan denim ke pejabat.
Pilih denim gelap
Berbanding dengan pelbagai jenis denim yang lain, denim yang berona gelap adalah sangat bersesuaian untuk dikenakan kala ke tempat kerja. Acid wash sememangnya cantik tetapi tidak berapa sesuai dengan pejabat. Denim berona gelap adalah selamat untuk dipakai kerana ia boleh bertindak sebagai rona neutral dan lebih kelihatan seperti seluar atau skirt hitam.
Fit
Jeans yang fit pada kaki tampak lebih kemas. Pastikan ianya fit sempurna tetapi bukan sehingga terlalu ketat.
Suai padan bersama ceraian fesyen yang lebih formal
Ini memastikan agar anda tidak kelihatan terlalu kasual. Kemeja berbutang, kasut wedges atau ankle boots adalah antara yang sesuai untuk ke pejabat. Suaikan bersama blazer, sudah pasti menaikkan penampilan seharian kala di pejabat.
Elak aksesori pada denim
Denim yang dihiasi aksesori seperti batu berkilau atau carikan kain sememangnya versatil dan bergaya. Namun ianya tidaklah bersesuaian untuk digayakan di pejabat.
Elak padanan denim dan denim
Suai padan top denim dan seluar denim akan dilihat terlalu trendy jika dipakai di pejabat. Pilih satu sahaja item denim dalam persalinan ke tempat kerja dan pastikan helaian selainnya tampak lebih profesional.
Panjang Denim itu penting
Berikan perhatian pada labuh eans yang anda pakai. Jika ianya terlalu labuh, anda akan tampak tidak kemas. Terlalu pendek pula akan tampak seakan ingin bersantai. Jadi, pastikan panjang denim yang anda pilih bersesuaian.