Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Sumber Google
Seniwati yang menjadi legenda negara, Mariani atau Mariam Ismail, 82 tahun, telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 7.32 malam pada 1 Disember 2015 di kediamannya, di Sentul. Ianya dimaklumkan sendiri oleh anaknya, Melissa Saila melalui akaun Instagram miliknya.
Seniwati Mariani terkenal dengan wanita Manisah dalam filem Nasib Si Labu Labi dan terus bergiat dalam bidang perfileman dan televisyen Melayu. Beliau turut aktif dalam memperjuangkan nama baik adiknya Saloma dan turut membantu dalam pembikinan telefilem Saloma karya Melissa Saila sendiri. Watak Saloma dimainkan oleh Nabila Huda dan watak Mariani dimainkan oleh Sazzy Falak.
Arwah sudah lebih setahun menderita kanser usus dan telah menjalani rawatan. EH! mengucapkan salam takziah buat ahli keluarga Allahyarhamah Mariani atas pemergiannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan yang beriman.