Minggu lalu bukan hanya pasangan Yusry Halim dan Lisa Surihani yang mengadakan majlis aqiqah buat anak pertama mereka, bahkan Erin Malek bersama suami, Farizz Fauzy juga turut mengadakan majlis aqiqah buat putera sulung mereka.
Putera sulung Erin bersama suami, Mohamed Faliq selamat dilahirkan pada 1 Oktober 2015, jam 9.27pagi. Erin yang dikatakan sebenarnya hamil anak kembar pada sebelum itu, namun dalam kegembiraan dikurniakan putera sulung, Erin dan suami turut disusuli berita sedih tentang perginya adik kembar kepada Mohamed Faliq yang meninggal dunia pada sekitar minggu ke-16 kehamilan Erin pada ketika itu.
Biarpun begitu dugaan Erin yang perlu kekal kuat dalam menghadapi dugaan perit itu, Erin dan suami mensyukuri atas kurniaan yang diberikan kepada mereka. Kini, putera sulung Erin ini selamat dilangsungkan dengan majlis aqiqah buatnya.
EH! kongsikan gambar sekitar majlis aqiqah anak pertama Erin Malek dan suami.
[soliloquy id="91623"]