Gambar: Arkib EH!
Aktres kecil molek dan berwajah cantik jelita ini punya rahsianya tersendiri dalam menjamin tubuh dan wajah sentiasa sihat dan berseri.
EH! berkesempatan untuk menemu ramah Anzalna Nasir tentang rahsia kecantikannya.
Rejim kecantikan pertama apabila bangun tidur?
Minum air suam.
Rahsia atau petua anda untuk kekalkan badan dan kulit yang sihat?
Tiada rahsia yang boleh dikongsikan. Semuanya secara asas iaitu membersih wajah dengan betul dan minum air kosong sebanyak yang mungkin.
Apakah tip paling penting kala bersolek?
Elakkan memakai bedak asas dan bedak padat terlalu tebal.
Kongsikan rejim penjagaan kulit wajah anda setiap hari.
Tiada penjagaan khusus. Apa yang pasti, Anzalna akan pastikan wajah bebas dari solekan dengan teknik membersih wajah yang betul.
Petua tradisi menjaga kulit yang pernah anda cuba dan rasakan ia berkesan?
Menggunakan putih telur sebagai masker.
Jika anda ingin ketahui lagi banyak tip cantik dan stail dari pelakon jelita ini dan ramai lagi selebriti lain, jangan lupa untuk dapatkan EH! Jurnal Selebriti Cantik & Stail di pasaran.