Siapakah gerangan model Victoria’s Secret yang paling lama? EH! senaraikan di rencana ini.
Siapa yang tidak kenal pada model Victoria’s Secret. Boleh dikatakan setiap tahun acara peragaan fesyen pakaian dalam dari jenama gergasi ini disiarkan secara langsung dan berlangsung cukup meriah yang digandingkan dengan barisan penghibur terkemuka dunia.
Bahkan, boleh dianggap yang model paling terkenal seluruh dunia turut membarisi dan ramai juga yang meniti populariti dari peragaan jenama Victoria’s Secret. Secara tidak langsung jenama terkenal ini punya kuasa yang mampu menarik perhatian ramai serta membuatkan model mereka lebih dikenali ramai.
Jadi, siapakah gerangan model Victoria’s Secret yang paling lama memperagakan helaian mewah pakaian dalam wanita ini? EH! senaraikan 5 di bawah.