Oleh: Farhana Fuad
Hanez Suraya selamat melahirkan anak sulungnya yang dinamakan Putri Aleesya pada 30 Disember lalu. Hanez memilih nama tersebut atas persetujuan bersama suaminya yang membawa maksud yang dilindungi.
“Alhamdulilah Sabtu lalu, kami telah mengadakan sedikit majlis kesyukuran dan tahnik. Selepas itu, saya dan suami telah bersepakat untuk memilih nama Putri Aleesya. Untuk majlis ini kita tak jemput ramai”
“Tapi untuk majlis cukur jambul nanti, insya-Allah kita akan jemput lebih ramai kenalan,” jelas Hanez kepada Media Hiburan.
Menurut Hanez, dia juga kini sedang mengamalkan berpantang secara tradisional. Majlis tahnik puteri sulung Hanez dan suami telah disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Baihaqi Molyana dari pusat tahfiz Raudatul Solihin Banting.
EH! kongsikan gambar terkini anak pertama Hanez dan suami.
[soliloquy id="92534"]