Oleh : Izzati Saadin
Gambar: Biotherm
Dengan penjenamaan semula Biotherm, jenama penjagaan kulit ini juga mampu meningkatkan taraf gaya hidup yang lebih sihat!
“Live more, Live to the full” menjadi falsafah kecantikan Biotherm yang mana jenama ini tidak terhad pada penjagaan kulit sahaja. EH! menyaksikan sendiri penjenamaan semula Biotherm dengan fokus pada rangkaian Life Plankton di The Banjaran Hot Spring, Ipoh baru-baru ini,
[soliloquy id="92658"]
Keajaiban dalam satu pupur
Sempena penjenamaan semula ini Biotherm hadir dengan satu lagi produk tambahan bagi rangkaian Life Plankton iaitu Life Plankton Mask. Untuk pertama kalinya Life Plankton dirumuskan ke dalam satu pupur lekap hidrogel. Khasiat dalam satu pupur ini dapat menyalurkan kelegaan dan rawatan jauh ke dalam kulit. Dalam semalaman, kemerahan dan kekenduran kulit dapat dirawat sempurna lantas menghasilkan kulit yang lebih sihat dan anjal.
Wajah Baru: Candice Swanepoel
Kalau dahulu Biotherm terkenal dengan duta jenama mereka iaitu bintang Gossip Girls, Leighton Meester, kini supermodel dengan tubuh sihat sempurna, Candice Swanepoel disunting sebagai duta jemana terbaru mereka. Di sebalik kecerahan asli supermodel kelahiran Afrika Selatan ini mempunyai siluet badan atletik yang cukup dikagumi. Membuatkan Candice pilihan yang tepat untuk mewakili perjalanan baru Biotherm tahun ini.
Ikuti temubual bersama Candice Swanepoel yang berkongsi tentang dirinya.
- Apakah tentang Biotherm yang memberi inspirasi pada anda?
Banyak persamaan antara saya dan Biotherm, mungkin dari segi betapa saya gemarkan lautan dan bagaimana Biotherm mengekalkan pendekatan kecantikan asli.
2. Apakah faktor yang anda suka dalam rangkaian Biotherm? Dan apakah produk yang sentiasa anda oleskan sebelum keluar?
Apa yang saya sukakan adalah dari segi teksturnya. Anda akan mendapat apa yang anda mahu mengikut keserasian kulit anda. Saya juga gemarkan formula asli dalam rangkaian Biotherm. Produk kegemaran saya pula sudah tentu Life Plankton Essence yang mana saya kerap mengembara jadi amat penting untuk mengekalkan kelembapan pada kulit.
3. Apakah falsafah hidup anda?
Mantra saya sekarang adalah untuk tidak mengambil kehidupan ini terlalu serius. satu perkara yang sentiasa mengingatkan saya adalah untuk kekal dengan diri sendiri.
4. Apakah pendapat anda mengenai amalan hidup sihat?
Kehidupan yang sihat lama-kelamaan menjadi penting bagi saya. Yoga banyak mengajar saya untuk menghargai badan saya, jadi saya lebih berhati-hati akan apa yang saya makan dan apa yang saya sapu pada kulit. jika anda mempunyai badan yang sihat, anda akan memiliki tenaga yang lebih dan berupaya mengawal mental dan fizikal dengan bijak.
5. Adakah anda mempunyai resipi sihat?
Saya suka memasak di rumah jika mempunyai masa, tapi ia sukar untuk saya jika sibuk. Saya tidak suka membazirkan barang-brang makanan. Saya peka dengan apa yang saya makan, jadi saya selalunya mengekalkan pemakanan yang ringkas. Saya akan gril ikan, sayuran dan membuat salad. Saya membuat sendiri susu badam dan granola serta smoothies untuk sarapan pagi.
6. Apakah rejim senaman yang anda suka?
Di sekolah dulu saya seorang yang malas bersukan, saya cuma sukakan tarian ballet, dan itu sahaja. Selepas persembahan pertama saya, pelatih ballet saya nampak potensi saya sebagai penari dan dari situ segala-galanya bermula. Saya mulai bersenam dengan melakukan boxing. Sejak itu saya mulai ketagih untuk bersenam.senaman saya selalunya berbeza, sekarang saya melakukan yoga, pilates, meditasi dan baru-baru ini saya berjinak-jinak dengan sukan meluncur. Mungkin kerana zodiak saya Libra, jadi saya sentiasa mencari keseimbangan dalam hidup demi mencari kegembiraan.