Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Instagram Marsha Milan
Baru-baru ini, Marsha dan suami, Mohamed Shaiful Nizam selamat diijab kabulkan dan telah berlangsungnya majlis resepsi bertema Bollywood di kampung halaman suami Marsha di Pulau Pinang.
Marsha telah juga melangsungkan majlis resepsinya di kampung halamannya serta yang terbaru di Hotel Majestic Kuala Lumpur. Ianya dihadiri ramai rakan selebriti, sahabat handai serta kaum keluarga kedua-dua belah pihak.
Kedua-dua pasangan ini tidak merancang sebarang percutian bulan madu lagi kerana sibuk dengan urusan masing-masing dan perlangsungan majlis resepsi mereka. Marsha turut menyatakan yang dirinya agak teruja dan bersyukur setelah bergelar isteri. Dia juga turut mengatakan yang dirinya juga baru mengetahui yang dengan menjaga suami boleh mendatangkan banyak pahala dan bekalan pahala untuk ke syurga.
Baginya, itu yang membuatkan dirinya teruja untuk berumah tangga dan melangkah ke alam perkahwinan bersama Shaiful, pasangan pilihannya. Marsha mengenakan busana songket putih berperincian sarat hasil rekaan pereka fesyen yang cukup terkenal iaitu Rizalman.
EH! kongsikan gambar di sekitar majlis resepsi Marsha Milan dan suami di Hotel Majestic Kuala Lumpur baru-baru ini.
[soliloquy id="92668"]