Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Instagram Sarah Mohd Noor & Pix2MotionStudio
Pelakon yang sedang giat menempa nama di Malaysia, Shah Iskandar selamat bernikah dengan pasangan pilihannya, Siti Sarah Mohd Noor di dewan Ballroom, Eastcoast, Singapura pada 16 Januari lalu.
Seperti yang ramai tahu, Shah merupakan aktor kelahiran kota Singa yang sudah melakar nama dalam bidang seni lakonan di Malaysia. Shah dan pasangannya sebenarnya mengakui tidak mahu menunggu lama dan mengambil keputusan untuk terus bernikah tanpa ikatan pertunangan.
Shah menyerahkan mas kahwin iaitu sebentuk cincin emas dan wang hantaran bernilai RM30,000. Bagi pihak pengantin perempuan pula membalas dengan dua dulang hantaran.
“Alhamdulillah, fasa baharu dalam hidup saya dan isteri sudah bermula. Tiada apa yang saya pinta, kecuali kehidupan kami akan terus diberikan Allah SWT. Memikirkan usia masing-masing sudah matang, kami memilih untuk terus bernikah tanpa bertunang bagi memudahkan segala urusan,” katanya kepada pihak BH Online.
Majlis ijab kabul mereka dilangsungkan dengan cukup meriah yang dihadiri ahli keluarga serta sanak-saudara yang terdekat. Shah turut menyatakan yang dirinya bersyukur dikurniakan isteri yang sangat memahami akan kariernya sebagai seorang pelakon.
EH! mengucapkan selamat melayari bahtera perkahwinan dan semoga ikatan suci ini berkekalan sehingga akhir hayat. EH! kongsikan gambar di sekitar majlis pernikahan Shah Iskandar dan Siti Sarah Mohd Noor.
[soliloquy id="92949"]