[tab: Cres]
MENANG!
Set Cres Plotox Micro Facelift & Cellnique See You Younger Express Kit
BERNILAI RM 6580
Hasil rawatan wajah CRES Plotox Micro Facelift boleh dilihat dalam masa 15 minit sahaja, malah ujian klinikal yang dijalankan selama 5 minggu ke atas wanita yang berada dalam lingkungan umur 21 sehingga 60 mendapati 97% mengatakan mereka kelihatan 5 – 10 tahun lebih muda hasil susulan rawatan ini. Dengan menggunakan teknologi terkini yang menggabungkan faktor anti-penuaan dan pemutihan, rawatan muka CRES yang terbaru ini dapat memulihkan struktur kolagen pada muka, memutihkan kulit dan juga merawat sel-sel kulit yang mati agar kulit kelihatan gebu, anjal dan berseri. Kini, Cellnique juga memperkenalkan konsep terbaru bagi produk penjagaan kulit mereka yang kini terdiri daripada dua produk dalam satu pek. Konsep terbaru ini
terdiri daripada 10 jenis pek yang berlainan dan setiap pek memberi fokus kepada masalah tertentu seperti No More Blackheads Set yang bertindak mengawal sebum berlebihan pada liang pori, Restore Moisture Set untuk melembapkan kulit yang kering dan juga See You Younger Set yang dapat mengembalikan keanjalan kulit.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 29 Februari 2016
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Etude House]
MENANG!
Set Moistfull Collagen Cream
BERNILAI RM 5940
Etude House yang berasal dari Korea ini terkenal dengan rangkaian kosmetik yang bukan sahaja fokus kepada kualiti tetapi juga pada rekaan pembungkusannya yang comel serta variasi warna yang menarik lantas mencuri perhatian para pencinta kosmetik. Salah satu produk Etude House, Moistfull Collagen Cream sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit kering. Dirumus dengan Super Collagen Water iaitu bahan yang dapat meningkatkan tahap keanjalan kulit melalui pemprosesan enzim Marine Collagen dari lautan Pasifik Barat, ekstrak minyak dan air dari pokok Baobab yang terkenal dengan keupayaannya untuk menyimpan sehingga 120,000 liter air di Afrika dan akhir sekali, kompleks Aquastream, iaitu bahan yang meningkatkan kuasa pengekalan
kelembapan kulit yang dipanggil ‘Moisture Maze’. Produk ini tidak dinafikan dapat meningkatkan tahap kelembapan kulit agar kekal lembap sambil memperbetulkan tekstur kulit supaya kelihatan mulus berseri.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 29 Februari 2016
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Maybelline]
MENANG!
Set Maybelline Hypersharp Powerblack
BERNILAI RM 5830
Tampil cantik dengan bentuk mata memukau merupakan impian setiap wanita. Setiap wanita sering menggunakan penggaris mata untuk menegaskan bentuk mata yang dimiliki. Pasti rasanya kurang lengkap kalau anda keluar rumah tanpa menggunakan penggaris mata terlebih dahulu, bukan? Maybelline, jenama No. 1 di Malaysia terkenal dengan rangkaian kosmetik mereka dan sesungguhnya paling disukai ramai kini memperkenalkan rekaan penggaris mata terbaru, Hypersharp Power Black untuk kamu tampilkan riasan mata terkini! Jika kamu sukakan Hypersharp Liner sedia ada, kamu pasti akan teruja dengan penggaris mata terbaru ini. Menggunakan formula berintensiti tinggi dengan warna lebih pekat daripada hitam, ia menghasilkan garisan yang sangat halus dan tepat dengan mata panggaris sehalus 0.05mm, sekali gus mencantikkan mata kamu dengan hanya satu lakaran. Selain kalis air dan kalis comot, ia juga bertahan sehingga
24 jam.Raikan parti tahun barumu dengan penggaris mata terbaru ini!
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 29 Februari 2016
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Melvita]
MENANG!
Set Melvita Organic Argan Essentials
BERNILAI RM 6028
Minyak Argan Organik Melvita 100% tulen diekstrak mula-mula dengan tekanan sejuk untuk mengekalkan kualitinya. Ia mengandungi asid lemak seperti Omega 6, dan Omega 9 dan sterol tumbuhan, yang berkesan untuk membaiki, melembapkan dan melindungi kulit, menambah penghidratan sel kulit, serta keanjalan dan kelembutan kulit. Ia juga menguatkan rintangan sebum kulit, untuk menambah keupayaan menentang tekanan, antipenuaan, membaiki kulit kering dan kerosakan sel kulit, dan mengurangkan kemunculan tanda-tanda penuaan. Sapukan Minyak Argan Organik dan Argan+ pada muka sebelum penjagaan biasa dan L’Argan Bio Body Butter pada badan untuk kulit yang terasa selembut baldu.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 29 Februari 2016
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Swiss-Garden Damai Laut]
MENANG!
Penginapan di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut
BERNILAI RM 5950
Dikelilingi suasana serta pemandangan yang cukup mempesonakan Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut yang terletak di Perak mempunyai 300 bilik secara keseluruhan dan ia terdiri daripada bilik-bilik berkategori Deluxe Garden View, Deluxe Sea Facing, Deluxe Sea View, Deluxe Club Room, Deluxe Club Sea View, Junior Suite dan yang cukup mewah sekali – Damai Suite. Setiap bilik mempunyai sebuah balkoni peribadi dengan pemandangan panaroma sama ada hutan tropika yang subur hijau atau lautan biru yang cukup menenangkan, malah resort ini juga dilengkapi dengan kemudahan yang moden untuk keselesaan setiap tetamu. Namun elemen–elemen tradisional dengan rekaan yang halus pada setiap perabot tetap ada bagi mengekalkan
tradisi warisan Perak yang indah. Bagi mereka yang ingin membelai diri boleh ke Samsara Spa manakala Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut juga menawarkan aktiviti–aktiviti seperti snorkelling yang sesuai buat tetamu yang lebih cenderung kepada gaya hidup aktif. Sajian tempatan mahupun antarabangsa boleh didapati di restoran–restoran yang terletak di Hotel seperti The Garden Terrace, The Swiss-Deli, Thai Taste Restaurant, The Blue Chip Lounge dan The Gayam Seafood Barbecue & Bar bagi penggemar makanan laut. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.swissgarden.com.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 29 Februari 2016
Click here if you have issue accessing the promo form above