Oleh: Farhana Fuad
Gambar: TPGimages
Fast & Furious 7 bukan pengakhirannya. Filem siri blockbuster yang berjaya mengaut keuntungan 7.8 billion secara keseluruhannya ini bakal menayangkan sekuel ke-8 pada April 2017.
Yang menariknya lagi, Fast & Furious 8 ini bakal menggegar pawagam seluruh dunia dengan aksi-aksi yang lebih mencabar dan dikhabarkan akan mempunyai sebuah letupan terbesar di Iceland.
Kali ini, pengarah terkenal James Wan tidak lagi mengarahkan filem aksi kegemaran ramai ini dan bakal digantikan dengan pengarah F Gary Gray untuk menyambung legasi filem Fast & Furious.
Proses pencarian untuk pengarah filem Fast 8 juga terpaksa dilakukan setelah usaha menarik pengarah James Wan untuk kembali tidak berhasil. Setelah mendengar berita pencarian kedudukan pengarah buat filem yang pastinya bakal menjadi filem pecah panggung ini, F Gary Gray menemui Vin Diesel dalam satu pertemuan sejurus selepas Vin memuat naik satu kenyataan di laman Facebook yang mana Rob Cohen, pengarah Fast & Furious pada 2001 adalah yang paling layak untuk menduduki kerusi pengarah Fast 8 kali ini.
Gambar: Facebook Vin Diesel
Gary adalah seorang pengarah yang pernah menjayakan filem antaranya drama A Man Apart, filem Straight Outa Compton, The Italian Job, The Negotiator dan Law Abiding Citizen. Dalam satu sidang media tahun lalu, Vin Diesel menyatakan yang mereka bakal menghasilkan sebuah filem yang paling terbaik yang tidak pernah ditonton sebelum ini.
“Kami akan menghasilkan filem terbaik yang anda tidak pernah tonton sebelum ini,” ujar Vin Diesel di dalam sebuah sidang media tahun lalu ketika bermulanya fenomena Fast 7 dan mengumumkan pembikinan Fast 8.
Pada ketika ini, produksi Fast & Furious ini masih menantikan proses meminta kebenaran dari pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Cuba untuk melakukan penggambaran Fast 8 di Cuba.
Walaubagaimanapun, majoriti filem Fast 8 akan tertumpu di New York dan Atlanta.