Gambar: INGimage
Masih ramai yang mempercayai akan mitos-mitos yang berkaitan dengan kecantikan dan penjagaan kulit wajah. Tetapi adakah ianya benar atau palsu? EH! senaraikan mitos dan kebenarannya.
Mitos: Jerawat disebabkan memakan coklat atau gula-gula.
Benar/Palsu? Palsu. Ahli sains berkata bahawa coklat atau gula-gula tiada kena-mengena dengan jerawat atau akne. Jadi, ikutilah cara pemakanan yang seimbang dan jumpa pakar dermatologi untuk mengubati masalah akne anda.
Mitos: Mengambil makanan berminyak menyebabkan jerawat.
Benar/Palsu? Palsu. Makanan berminyak seperti makanan segera, piza, kentang goreng atau kacang tidak menyebabkan jerawat atau menjadikannya lebih teruk.
Mitos: Mengambil pil-pil untuk kulit boleh membantu kulit menjadi lebih sihat.
Benar/palsu? Palsu. Tiada penyelidikan saintifik yang membuktikan bahawa pil atau vitamin untuk kulit secara ajaib memberi anda kulit yang sihat. Anda hanya perlu makan makanan yang berkhasiat dan makan pada masa yang tetap untuk mendapat semua nutrien yang diperlukan oleh badan anda.
Mitos: Meletakkan makanan seperti timun, putih telur atau jus lidah buaya pada kulit boleh membantu kulit menjadi lebih sihat.
Benar/Palsu? Palsu. Nutrien-nutrien makanan tidak berfungsi dengan begitu mudah pada badan atau kulit anda. Cara paling baik untuk mendapat faedah daripada makanan ialah dengan memakannya.