Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Facebook Hot FM
Hari ini pastinya satu berita yang sedih buat pendengar saluran radio Hot FM yang setelah bertahun-tahun ke udara dengan penyampai radio yang sentiasa menghiburkan hati pendengar setianya.
Saluran radio Hot FM bakal kehilangan beberapa orang penyampai radio yang cukup sebati dengan saluran radio ini apabila beberapa orang penyampai akan berpindah ke saluran radio baharu di bawah Media Prima.
Gambar: Facebook Hot FM
Ianya lebih mendukacitakan apabila penyampai radio terkenal, Fara Fauzana turut sama mengundurkan diri melalui pengumuman rasmi yang dibuat oleh CEO Radio Media Prima, Seelan Paul pagi tadi. Fara yang sudah 10 tahun berkhidmat bersama Hot FM memutuskan untuk mengundur diri dari rangkaian radio ini.
Fara menyatakan yang dirinya ingin menumpukan perhatian kepada karier peribadinya sekaligus menolak dakwaan jika dia mahu memasuki stesen radio yang lain. Penyampai radio yang cukup terkenal ini turut menepis dakwaan yang dirinya berhenti dari stesen radio itu atas tujuan bakal berkahwin, cuma mengharapkan doa-doa yang terbaik buat impiannya itu.
Bahkan, Fara mengucapkan ribuan penghargaan kepada krew Hot FM yang setelah sekian lama bekerja bersamanya selama ini. Menurut laporan BH online, Fara merancang untuk menggunakan pengalaman yang tersimpan dengan bidang penyiaran untuk program yang lebih kepada kemasyarakatan.
Tiga orang penyampai stesen radio Hot FM yang lain termasuk Muhammad Azmir Selamat (AG), Mohd Khairul Ikhwan Rosli (Ikhwan) dan Khairul Norliza Khairudin (Liza) akan mengundurkan diri dari stesen radio Hot FM berkuatkuasa 27 Februari ini.
EH! kongsikan video ketika pengumuman pemberhentian Fara Fauzana sekaligus pertukaran radio penyampai radio yang lain. EH! turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Fara Fauzana serta penyampai radio yang lain dalam kehidupan dan kerjaya mendatang.
(LIVE) Pengumuman TERGEMPAR daripada Seelan Paul di #AMKrew
Posted by HOT FM on Sunday, February 14, 2016