Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Arkib EH!
Spekulasi yang mengatakan pelakon jelita yang mempunyai anak satu ini sedang menanti hari untuk berkahwin adalah tidak benar sebenarnya. Nora Danish yang digembar-gemburkan akan khabar tentang dirinya bakal berkahwin apabila dilihat melalui laman Instagram milik pereka fesyen Ashraff Zainal yang memuat naik beberapa keping gambar menampakkan Nora sedang mengenakan busana pengantin rekaannya.
Hakikatnya, Nora mengenakan busana tersebut hanya untuk sesi penggambaran yang mengambil tempat di kota New York sebelum ini. Menerusi laporan Astro Gempak, Nora menafikan mengenai menghitung hari ke hari bahagianya.
Don’t Marry Someone You Can Live With • Marry The Person Who You Cannot Live Without #countingdays
A photo posted by Ashraff Zainal Atelier (@ashraffzainal) on
Someone is Getting Married!! ? Love is in the Air ? A photo posted by Ashraff Zainal Atelier (@ashraffzainal) on
A photo posted by Ashraff Zainal Atelier (@ashraffzainal) on
Wedding Shoot in New York City with @noradanish ??? A photo posted by Ashraff Zainal Atelier (@ashraffzainal) on
“Mana ada saya tempah baju kahwin. Semua itu spekulasi dan saya belum ada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat. Kalau betul nak kahwin, pasti saya akan umumkan kepada pihak media dan peminat. Rasanya saya tidak akan berahsia dalam soal begini. Saya sebenarnya penat nak menjawab soalan yang sama. Jangan cepat percaya jika tersebarnya cerita saya bakal berkahwin sebab saya sendiri akan beritahu peminat. Saya juga seorang yang aktif di Instagram. Jika benar saya mahu berkahwin, sebulan sebelum majlis berlangsung saya akan umumkan di media sosial. Saya akan muat naik foto-foto persiapan perkahwinan untuk dikongsi bersama peminat,” ujarnya kepada laman portal tersebut.
Malaysian Sweetheart @noradanish Donning #AshraffZainal in Central Park, New York City
A photo posted by Ashraff Zainal Atelier (@ashraffzainal) on