Oleh : Farhana Fuad
Gambar: Instagram Arkib EH!
Laporan sebelum ini ada menyatakan yang pelakon dan pengacara terkenal jelita ini mengaut keuntungan RM50 juta ringgit untuk hasil penjualan tudung koleksinya pada tahun lalu. Jumlah tersebut hanyalah keuntungan berdasarakan jualan online sahaja yang mana tidak termasuk jualan secara fizikal di butiknya.
Gambar: Instagram Neelofa
Kali ini, Neelofa berhasrat untuk meluaskan lagi empayar perniagaannya di persada antarabangsa. Dalam perancangannya, pengacara dan aktres manis ini ingin membuka butik Naelofar Hijab di kota New York.
“Kami merancang untuk menembusi pasaran antarabangsa dan mengeksport ke lebih banyak negara lagi. Kami berharap dengan adanya satu pusat di negara yang besar akan beri lagi peluang untuk kami lebarkan sayap di lebih banyak negara berbanding hanya berpangkalan di Malaysia,” kata Neelofa kepada Bernama.
Bukan hanya New York, Neelofa juga merancang untuk membuka butiknya di negara Timur Tengah.
Gambar: Instagram Neelofa
“Kita ada rangkaian di sana. Rakan kongsi tersebut mempunyai syarikat di Riyadh, Arab Saudi dan Kaherah, Mesir serta di beberapa kawasan lain di Mesir. Dia bercadang untuk bawa masuk Naelofar Hijab ke negara itu. Kami masih lagi dalam proses menyediakan kertas kerja. Kami akan mengemukakannya kepada beliau dan menunggu perkembangannya,” katanya.