Gambar: Instagram Awal Ashaari
Ramai ibu bapa yang cuba mengekang anak mereka untuk terlalu terdedah dengan media sosial kerana bimbang akan mengundang banyak gejala negatif selain tingkah laku pasif. Tetapi bagi Awal Ashaari, ianya satu platform untuk mengajar anaknya kemahiran bersosial pabila dia meningkat dewasa kelak. Awal dan Scha menjelaskan sebenarnya mereka seronok untuk berkongsi kepada umum akan perkembangan anaknya terutamanya untuk mereka yang bergelar ibubapa dan peminat mereka.
Ianya menyeronokkan apabila mereka boleh melihat sendiri reaksi positif menerusi komen yang diutarakan.
“Saya suka berkongsi pengalaman kami bersama ibu bapa yang lain bagaimana membesarkan Lara Alana, ramai juga yang emel saya untuk bertanya berbagai perkara. Ada juga ibu bapa yang beri pendapat mereka dalam hal ini dan saya rasa ramai di luar sana yang sayangkan anak saya. Pada awalnya saya cuma ingin buat jurnal kehidupan dia untuk dilihat pada masa depan, namun tidak sangka ia menjadi bahan rujukan untuk ibu bapa lain yang ingin tahu perkembangan Lara. Saya dedahkan dia dengan dunia hiburan pada usia ini kerana saya mahu dia belajar tentang kemahiran sosial. Sekarang pun mudah mesra dan tidak takut kepada orang luar. Saya sedar ada pro dan kontra, namun saya fikir daripada sudut positif dan untuk masa depannya,” ujar Awal kepada mStar Online.
Sejak awal kelahirannya, setiap aksi Lara yang membesar bersama warga netizen mendapat sambutan hebat dan pasangan selebriti ini mengambil keputusan untuk membuka akaun Instagram khusus untuk merakam aksi serta perkembangan Lara. Selain itu, gaya dan keletah Lara antara ‘posting’ yang mendapat ‘like’ yang tinggi.
A photo posted by Penglipur Lara (@laraalanaa) on
Siapa nak ikut? Jom? A photo posted by Penglipur Lara (@laraalanaa) on
Eh, siapa kata Rara gemuk? Boleh muat la dalam ni..
A photo posted by Penglipur Lara (@laraalanaa) on
Awal dan Scha menjelaskan sebenarnya mereka seronok untuk berkongsi kepada umum akan perkembangan anaknya terutamanya untuk mereka yang bergelar ibubapa dan peminat mereka.
Ianya menyeronokkan apabila mereka boleh melihat sendiri reaksi positif menerusi komen yang diutarakan.
“Saya suka berkongsi pengalaman kami bersama ibu bapa yang lain bagaimana membesarkan Lara Alana, ramai juga yang emel saya untuk bertanya berbagai-bagai perkara. Ada juga ibu bapa yang beri pendapat mereka dalam hal ini dan saya rasa ramai orang di luar sana yang sayangkan anak saya. Pada awalnya saya cuma ingin buat jurnal kehidupan dia untuk dilihat pada masa depan, namun tidak sangka ia menjadi bahan rujukan untuk ibu bapa lain yang ingin tahu perkembangan Lara. Saya dedahkan dia dengan dunia hiburan pada usia ini kerana saya mahu dia belajar tentang kemahiran sosial. Sekarang pun mudah mesra dan tidak takut kepada orang luar. Saya sedar ada pro dan kontra, namun saya fikir daripada sudut positif dan untuk masa depan dia,” ujar Awal kepada mStar Online.