Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Sumber
Namanya sememangnya sudah tidak asing lagi dalam kalangan peminat drama dan filem Korea. Song Joong-ki, aktor tampan yang cukup terkenal dari Korea Selatan ini dilihat mengenakan cermin mata hitam rekaan Ray-Ban menerusi tele-drama terbaru lakonannya yang berjudul Descendants of the Sun.
Tele-drama ini mengisahkan seorang tentera muda dan seorang doktor yang mengejar cinta dan impian sehingga ke negara luar dari tanah kelahiran mereka. Drama ini merupakan satu drama yang menjadi fenomena di kalangan penonton Korea serta menjadi topik trending di serata Asia, Timur Tengah, Amerika Latin dan Amerika Utara.
Menerusi bersiri ini yang bersiaran dua episod setiap minggu pada hari Rabu dan Khamis ini, Song Joong-ki membawakan watak sebagai seorang kapten untuk angkatan pasukan khas. Lebih menarik perhatian ramai, Song Joong-ki beraksi dalam lakonannya dengan berunifom lengkap tentera, dengan ekspresi kening berkerut di atas paduan cermin mata aviator Ray-Ban membuat ramai yang jatuh hati pada aktor yang sebelum ini lebih dikenali dengan watak charming dan comel.
Babak ini memaparkan pertemuan antara Song Joong-ki dan Song Hye Kyo ketika bertemu semula setelah sekian lama terpisah antara yang paling terkesan dan memberi impak pada adunan cerita cinta hero dan heroin ini. Bintang jelita yang juga duta jenama kecantikan Laniege, Song Hye Kyo membawakan watak seorang doktor yang mendambakan Song Joong-ki tetapi enggan melayan hatinya kerana khuatir akan kecewa kerana situasi jejaka ini yang sering berdepan dengan bahaya.
Masih jauh lagi perjalanan cerita cinta dan kisah Decendents of the Sun yang bersiaran di saluran KBS ini, nantikan kesudahannya nanti. Jadi jika ingin tampak cool seperti Song Joong-ki, anda juga boleh tampil yakin bergaya dengan seleksi daripada Ray-Ban ini.
[soliloquy slug=”ray-ban”]