Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Starworld
Model tempatan, Nuraini Noor atau lebih dikenali sebagai Tuti Md. Noor menjadi bualan ramai apabila layak untuk menyertai rancangan realiti pencarian model serantau Asia’s Next Top Model untuk musim ke-4. Kelibatnya dalam rancangan itu telah menarik perhatian ramai. Ramai yang kagum dengan kejayaannya terpilih untuk menyertai pencarian bertaraf amtarabangsa yang berdasarkan program asal dari Amerika Syarikat tetapi ramai juga yang mempersoalkan penglibatannya yang tidak bersesuaian dengan bangsa dan agama.
Tuti yang sebelum ini pernah menjadi peserta X Top Model Malaysia dan X Walk pada tahun 2012 terus melakar kerjayanya dalam bidang peragaan yang lebih komersial dengan wajahnya yang dikatakan sebagai edgy dan fierce. Sebelum ini, wajah Tuti sudah banyak mewarnai helaian majalah (termasuk EH!) dan juga beraksi yakin di pentas peragaan.
EH! secara eksklusif telah menemu bual Tuti untuk perkembangan terbarunya dan berkongsi serba sedikit mengenai penglibatan dalam ANTM.
Bagaimanakah cabaran yang Tuti lalui setakat ini ketika memasuki rancangan realiti TV, Asia’s Next Top Model?
Saya rasa cabarannya agak susah. Sebab selama ini yang saya tahu seperti model harus pandai untuk pose or anything like that, tetapi setakat ini cabaran ANTM banyak yang menggunakan mental. Bagi pendapat saya, siapa yang sebenarnya mempunyai bakat pada sesetengah cabaran itu adalah sangat bertuah. Di dalam episod ke-2 ini, cabarannya adalah cabaran trampoline. So bagi saya, saya tidak pernah pun mencubanya sebelum ini. Jadi, di ANTM ini adalah yang pertama kali saya mencubanya dan boleh kata saya tidak tahu langsung untuk membuat sebarang aksi seperti backflip. Ianya agak susah. Ada beberapa orang peserta perempuan di situ punya lebih kebolehan tersebut kerana mengikuti kelas balet dan boleh kata mereka agak hebat dalam beraksi. Jadi, bagi saya yang tidak mempunyai sebarang kepakaran akan aksi trampoline memang agak sukar tetapi saya cuba sebaik yang mungkin. Untuk cabaran pentas peragaan pula ianya sangat best! Sebab di ANTM punya benda baru sebagai cabaran. Cabaran lain dari Cindy mail agak tidak boleh disangka bagi saya. It’s like teka-teki yang bila kita teka, bukan pun. Jadi macam dalam Cindy mail ini kadang-kadang lain dari apa yang kita jangka.
Bagi Tuti, dari aspek apa yang membuatkan cabaran di Asia’s Next Top Model kali ini agak sukar?
Musim kali ini agak sukar cabarannya oleh kerana permarkahannya. Ianya diambil dari gabungan markah untuk ke semua penggambaran. Jadi jika kita mendapat markah yang tertinggi, barulah kita layak untuk mendapat persembahan terbaik. Persembahan terbaik ini bukan hanya bergantung pada gambar terbaik, tetapi ia juga mengikut cabaran. Tetapi di dalam kaca TV, mereka tidak menunjukkan yang permarkahan itu berdasarkan gambar terbaik, namun hanya pada persembahan terbaik. Jadi, I need to work on it for both which is the challenge and the photoshoot to get more points.
Peserta dari negara mana yang buat Tuti rasa tercabar dalam pertandingan Asia’s Next Top Model ini?
Korea, Thailand dan Indonesia.
Mengapa?
Firstly, sebab peserta dari Indonesia tersebut mempunyai wajah yang agak komersial dan catwalknya not bad. Thailand pula bagi saya vibes dia cukup hebat. Jadi saya rasa peserta-peserta tersebut memang best!
Apa pendapat atau perasaan Tuti apabila usaha Tuti membawa nama Malaysia ke mata antarabangsa dianggap buruk?
At the moment yang saya mula dihina di media sosial, saya seperti agak susah untuk memahami situasi tersebut kerana ini merupakan kali pertama saya mendapat peluang ini. Saya agak gembira kerana saya seorang sahaja yang dapat mewakili Malaysia di pentas antarabangsa. So I’m very proud of it to present my country. Tetapi secara tiba-tiba isu ini muncul, bagi saya semua orang mempunyai pendapat masing-masing. Jadi saya tidak boleh mengawalnya, biarpun kutukan itu dari orang Melayu sendiri. Bagi Tuti, apa pun orang nak cakap itu pendapat mereka sendiri. Saya tahu apa yang saya buat dan apa yang saya mahukan. Saya mahu saya mewakili Malaysia dan saya nak ianya dapat memenuhi kepuasan saya sebagai seorang model. Asia’s Next Top Model this season is the best!