Gambar: INGimage
Bukan mudah mencari kejujuran dalam sesebuah perhubungan. Menurut seorang ahli psikologi, David JLieberman, dalam mencari teman sejati, ada beberapa kaedah menguji ketelusan atau keikhlasan dalam perhubungan.
EH! paparkan cara terbaik bagaimana menguji ketelusan hati seseorang.
Perhatian
Salah satu mencari pasti ketelusan seseorang adalah perhatiannya. Suarakan perkara penting yang terjadi dalam hidup anda dan lihat apakah si dia mahu tahu lebih lanjut atau sebaliknya. Jika tiada sebarang reaksi atau reaksi yang diberi tidak seperti yang anda inginkan, nilai-nilaikanlah sendiri…
Kesetiaan
Apa kata anda ceritakan sebuah rahsia teman lain kepada si dia dan lihat, sama ada si dia memberi sebarang komen atau sebaliknya. Seseorang yang telus, tidak akan melayan cerita tersebut malah, merasa keberatan mendengarnya kerana apa yang anda maklumkan kepada si dia adalah rahsia teman lain.
Kebanggaan
Seseorang yang ikhlas atau telus dalam perhubungan akan menumpang bangga dan kagum dengan prestasi anda. Perhatikan pula, apakah si dia mendekati diri anda tatkala menerima berita baik, bukan hanya saat anda ditimpa musibah, sekadar melafaz simpati dan tanpa usul penyelesaian, jelas sudah, si dia hanya mahu meraikan detik kejatuhan anda!
Kejujuran
Mereka yang jujur adalah mereka yang selalu ingin memaklumkan perihal yang tidak ingin anda dengari.
Pengorbanan
Apakah si dia rela mengorbankan sesuatu jika dia mampu membuatkan anda berasa senang?Sanggupkah si dia mengorbankan kesenangannya sendiri kebahagiaan anda? Perhatikan apakah si dia memasang rencana untuk membantu anda atau si dia mendahulukan atau berusaha menyelamatkan kepentingannya sendiri.