Gambar: Instagram Sharifah Sakinah
Pelakon wanita yang baru melayari alam perkahwinan berdepan dengan dugaan sedih apabila dirinya mengalami keguguran. Namun, bagi Sharifah Sakinah dan suami, mereka menganggap yang ianya satu ujian Tuhan dan mungkin ini bukan rezeki mereka.
Biarpun kandungan yang dikandungkan hanya dipinjam buat seketika, Sharifah cukup bersyukur kerana diberikan peluang dan kenangan indah.
“Saya mendapat tahu mengenai keguguran ini sekitar dua minggu lalu. Kandungan itu sendiri masih pada peringkat awal. Bagaimanapun, saya menerima ketentuan ini dengan redha. Suami, Aliff Adha turut berperasaan sama,” ujarnya kepada Berita Harian.
Namun, menurut Sakinah lagi doktornya memaklumkan yang tiada apa yang perlu dirisaukan akan kehamilannya pada masa akan datang.
Gambar: Instagram Sharifah Sakinah
Sakinah sebelum ini pernah menyatakan yang dirinya tidak bersedia untuk menimang cahaya mata kerana mahu meneruskan pengajian dalam kursus kecerdasan di luar negara.
Takziah buat Sharifah Sakinah. Semoga diberikan kekuatan untuk melalui dugaan yang dihadapi.