Oleh: Farhana Fuad
Gambar: kpopstarz.com
Khabar angin bertiup kencang mengatakan kumpulan 2NE1 bakal dibubarkan pada masa sedikit masa lagi nampaknya seakan bakal menjadi nyata, dan kini secara rasminya Minzy, ahli kumpulan 2NE1 keluar dari kumpulan k-pop ini.
Gambar: www.sbs.au.com
Agensi yang menguruskan kumpulan k-pop kegilaan ramai ini, YG Entertainment telah membuat pengumuman yang Minzy meninggalkan 2NE1 pada semalam yang bertarikh 5 April.
“Kami dengan dukacitanya ingin mengumumkan kepada peminat 2NE1 yang sudah lama menanti berita terkini. Kami secara rasminya ingin memaklumkan yang Minzy 2NE1 tidak lagi bersama 2NE1.”
“Dengan berakhirnya kontrak 2NE1 dengan YG pada 5 Mei nanti, kami terlebih dahulu telah bertemu dengan semua ahli 2NE1 Januari lalu untuk berbincang sebarang pelan atau persetujuan mereka untuk menandatangani semula kontrak. Namun, Minzy menyatakan yang dirinya tidak akan lagi bersama dengan kumpulan yang sama,” ujar agenis YG Entertainment.
YG Entertainment turut memaklumkan kepada peminat-peminat kumpulan tersebut 2NE1 mungkin bakal muncul kembali pada musim panas dengan ahli kumpulan yang lain termasuk CL, Park Bom dan Dara.
“Ahli kumpulan yang lain sudah pun menandatangani kontrak yang baru dan mereka sedang bersedia untuk melancarkan sebuah lagu baru pada musim panas nanti sebagai kumpulan 2NE1. Kami tiada sebarang perancangan untuk mencari ahli baru menggantikan Minzy.”