Gambar: Instagram Fasha Sandha
Fasha Sandha bagaikan mendapat kemanisan hidup semula pabila dia kini mendapat hak penjagaan anak sepenuhnya selepas perintah mahkamah dikeluarkan. Fasha secara rasminya bercerai dengan bekas suaminya Rizal Ashram Ramli yang lebih dikenali sebagai Jejai pada Januari lalu.
Gambar: Instagram Fasha Sandha
Fasha turut mengaku yang kehidupannya lebih tenang selepas bercerai. Hak penjagaan anak yang memihak pada Fasha tidak menjadi penghalang buat Jejai untuk meluangkan masa dan berjumpa bersama anaknya pada bila-bila masa.
Gambar: Instagram Fasha Sandha
“Kami berpisah bukan kerana kehendak masing-masing tetapi kerana keadaan. Jadi selepas berpisah, hidup saya kini lebih tenang. Bagaimanapun hubungan antara saya dengan bekas suami masih baik kerana dia adalah ayah kepada dua orang anak kami. Dia juga ada telefon tapi saya anggap itu lebih kepada atas urusan untuk anak-anak. Jadi bila dia beri ucapan hari lahir kepada saya, saya tak anggap apa-apa cuma mungkin sebagai penghargaan kepada saya sebagai ibu kepada anak-anaknya,” kata Fasha kepada Media Hiburan.
Gambar: Instagram Fasha Sandha
Fasha kini kembali aktif dengan kerjayanya selepas memperlahankan aktiviti seninya kerana sibuk membesarkan dua cahaya matanya. Dan yang terbaru Fasha baru saja dilantik sebagai duta untuk haruman D Haja yang turut menggunakan namanya sebagai nama haruman tersebut.