Lepak santai di kedai kopi seakan satu kemestian sekarang ini. EH! senaraikan lokasi kafe kopi paling menarik untuk lepak di rencana ini.
Bersantai di kafe kopi seakan satu kemestian bagi mereka yang mahukan kenikmatan kopi yang dibancuh segar setiap hari. Bagi penggemar kopi, kopi itu seperti satu perkara penting yang mesti diambil tiap-tiap hari.
Kafe kopi tidak hanya menyediakan hidangan kopi semata, malah kafe baru yang kian meningkat bilangannya pada hari ini turut menyediakan sajian makanan yang rata-ratanya menarik dan menyelerakan.
Bukan hanya penggemar kopi, tetapi mereka yang dambakan keunikan dekorasi dalaman kedai kopi turut suka bersantai di kafe kopi yang kian meningkat naik bilangannya di sekitar Lembah Klang hari ini. Bahkan, keunikan sesebuah kafe kopi itu menjadi pilihan ramai kaki selfie dan fotografi.
EH! kongsikan kafe kopi yang cool di sekitar Lembah Klang.