Inginkan bibir mungil bak Angelina Jolie? Mudah sahaja. Ikuti tip dan trik mudah cara oles gincu untuk realisasi bibir mungil semula jadi.
Sesetengah wanita impikan bentuk bibir mungil menawan bak Angelina Jolie. Ada yang sanggup berhabisan duit dan ambil risiko dengan melakukan pembedahan bibir demi merealisasikan impian memiliki bibir mungil.
Namun hakikatnya bentuk bibir mungil boleh dicapai dengan hanya trik sapuan gincu bibir. Ingin tahu langkah-langkah mengoles gincu untuk tampak lebih gebu dan tebal seperti bintang realiti popular Kylie Jenner?
Siapa lagi selebriti ternama dunia yang punya bentuk bibir mungil menawan?
[soliloquy slug=”selebriti-bibir-mungil”]
EH! kongsi tip dan trik ringkas di bawah.
- Untuk gaya bibir rona nude semula jadi, pastikan rona penggaris bibir sepadan dengan ton bibir dan gincu anda. Jadi, garisan yang digaris tadi akan tampak semula jadi .
- Bermula dari sudut luar hujung dan lukis sepanjang garisan luar bibir. Ia akan memberikan garisan bibir lebih ketara dan tebal.
- Jika anda tidak pasti di mana point yang paling tepat untuk menggaris penggaris bibir, atau mungkin bagi mereka yang mempunyai kesukaran untuk mendapatkan garisan yang kemas, cara yang paling mudah adalah dengan senyum. Ia akan menegangkan bentuk bibir dan sekali gus memudahkan proses menggaris garis luar bibir.
https://www.youtube.com/watch?v=YrCRqWN_dlg