Oleh : Farhana Fuad
Gambar: TPGimages
Sebelum ini kecoh di media sosial konon-kononnya Rihanna dan Leonardo DiCaprio seakan sedang menjalinkan hubungan cinta. Dikatakan yang penyanyi pop terkenal dunia ini berada di dalam pelukan intim penerima trofi Pelakon lelaki Terbaik di Oscar awal tahun ini ketika menghadiri majlis sambutan ulang tahun sahabat mereka di sebuah mansion Playboy pada tahun lalu.
Terbaru, pasangan ini dilihat bersama lagi ketika pergi ke festival muzik Coachella di Empire Polo Club Indio, California. Rihanna dan Leo kelihatan berbual mesra biarpun masing-masing hadir berasingan.
Gambar: metro.co.uk
Rihanna berkaca mata hitam dengan rekaan glitter dan Leo yang turut tampil berkaca mata hitam serta topi seakan ingin mengelak dari dikesan oleh media di situ.
Namun sehingga setakat ini, dua selebriti ternama ini masih belum membuat sebarang pengakuan atau penjelasan tentang khabar angin yang sedang hangat diperkatakan ini.
Mereka berdua juga pernah dilihat bersama di beberapa majlis rasmi lain dan ini sekaligus seakan-akan mengesahkan lagu keakraban mereka berdua lewat kebelakangan ini. Spekulasi keintiman ini bermula dari sambutan tahun baru yang lalu.
Bahkan Carly Rae Jepsen (penyanyi pop antarabangsa) juga pernah menaikkan Tweet di akaun Twitternya yang bertulis “Baru terlihat Leo dan Rihanna berciuman ketika Pour It Up sedang dimainkan”. Namun tweet tersebut dipadam dengan segera. Sejauh mana keakraban ini akan berterusan? Kita tunggu.