Oleh : Farhana Fuad
Gambar: TPGimages
Menerusi album terkini pemilih vokal hebat dunia, Adele iaitu 25 berjaya mengaut keuntungan sebanyak £30 Juta iaitu bersamaan dengan RM175.06 juta. Ini sekaligus menjadikan penyanyi dari London ini sebagai penyanyi muda yang paling kaya di bawah usia 30 tahun.
Adele turut tersenarai pada kedudukan tertinggi untuk senarai penyanyi muda terkaya (Young Musicians 2016) dalam akhbar Sunday Times. Album yang dilancarkan pada November tahun lalu menjadikan Adele memiliki £85 juta kekayaan sepenuhnya dan terus tercarta untuk tempat ke-30 dalam senarai pemuzik dan komposer terkaya di Britain dan Ireland untuk tahun 2016.
Paul McCartney pula tercarta di senarai pemuzik terkaya untuk dua tahun berturut-turut. Bekas penyanyi Beatles itu dan isterinya Nancy Shevell mempunyai hasil pencarian sebanyak £760 juta dan peningkatan 30 juta lagi pada tahun lalu.
Selepas McCartney, ianya diikuti dengan komposer Andrew Lloyd Webber iaitu dengan kekayaan £715 juta, sementara kumpulan Rolling Stones bergelar kumpulan dari Britain dan Ireland yang terkaya dengan hasil kekayaan untuk empat orang ahli sebanyak £630 juta.
Manakala kumpulan Irish Band U2 menggapai sehingga 500juta dari 431 juta dengan hasil penjualan tiket sebanyak 1.29 juta yang bernilai £66 juta untuk 76 buah konsert yang diadakan.
Penyanyi dan penulis lagu popular, Ed Sheeran melonjak lima anak tangga menjadikan dirinya sebagai penyanyi muda ke-2 terkaya selepas Adele.
Buat keluarga mendiang David Bowie, mereka diwasiatkan dengan £70 juta dari surat wasiat yang ditulis oleh Bowie. Ini sekaligus termasuk dalam senarai hasil pencarian terkaya iaitu sebanyak £90 juta.