Pakaian anda berbau hapak dan kurang menyenangkan? EH! ada tip untuk pastikan baju dalam almari tidak berbau hapak atau busuk.
Gambar : INGimage
Pastinya tidak selesa dibuatnya jika tampil ke pejabat atau keluar janji temu dengan baju berbau hapak walaupun sudah dicuci. Pakaian boleh berbau hapak jika tersimpan berlipat dalam almari pakaian dalam jangka amsa yang panjang.
EH! kongsikan tip berkesan untuk pastikan baju dalam almari tidak hapak.
- Serbuk Kopi
Serbuk kopi mampu menyerap bau yang kurang menyenangkan. Isi serbuk kopi separuh ke dalam tin bertutup, tebuk beberapa lubang pada bahagian atas tin tersebut dan simpan di dalam almari. Sekali sebulan, tukar serbuk kopi tersebut untuk kekalkan kesegaran.
- Sabun Buku
Pabila sebuku sabun terdedah pada suhu bilik, ia akan menghasilkan aroma manis yang anda boleh gunakan untuk jadikan bau pakaian lebih wangi. Pilih aroma sabun buku yang membuatkan anda selesa dan berasa nyaman. Letakkan lipatan baju di dalam kotak atau laci yang bertutup. Kemudian letakkan satu lagi lapisan kain nipis seperti napkin di atas lipatan baju tersebut dan letakkan sabun buku tersebut di atas lipatan baju tersebut. Tutup kotak atau laci tersebut. Setelah lebih kurang empat jam, pakaian tersebut akan menyerap bau sabun tersebut.
- Bebola Kapas dan Parfum
Parfum tidak akan menyingkir bau busuk atau hapak, tetapi ia benar boleh melindungi pakaian dari berbau. Sembur parfum haruman pilihan anda pada bebola kapas dan letakkan ia ke dalam almari pakaian.
- Herba Dalam Uncang
Isi herba kesukaan anda ke dalam uncang kapas. Kami cadangkan bunga lavender atau serai. Tutup dan letakkannya ke dalam gerobok pakaian anda.
- Semburan Kain
Anda boleh DIY sendiri dengan menggabungkan essential oil serta air untuk menjadikannya sebagai semburan kain. Atau mungkin anda boleh dapatkan semburan kain yang beraroma untuk mengharumkan bau pakaian anda.