Oleh : Farhana Fuad
Gambar: Kose
Rata-rata wanita impikan kulit wajah yang halus mulus dan cerah berseri tanpa sebarang masalah. Keinginan ini juga didambakan oleh lelaki, mereka juga mahu memiliki kulit yang sihat tanpa cela.
SEKKISEI berjaya menghasilkan satu produk magis untuk perawatan kulit wajah secara menyeluruh. Gel Herbal ini mempunyai pelbagai funsgi yang mempunyai enam manfaat untuk penjagaan kulit dalam hanya satu produk.
Dioles lembut pada kulit wajah ia sudah dapat memberikan rawatan emulsi, serum, krim, gel urut dan masker untuk tidur. Dengan kandungan Angelica, Melothria dan Mugwort serta dua lagi bahan tambahan iaitu fermented coix seed dan daun Loquat, kulit akan sentiasa lembap dengan sempurna serta berseri semula jadi.
Manfaat 1
Melembapkan kulit
Keberkesanan elemen Angelica mampu melembapkan serta menaikkan seri wajah.
Manfaat 2
Menyerikan kulit wajah
Ekstrak Coix Seed merupakan bahan yang kaya antioksidan digabungkan pula dengan ekstrak daun Loquat yang menggalakkan pengaliran darah. Ia sekaligus memberikan efek kulit yang lebih berseri dari dalam.
Manfaat 3
Kulit halus mulus
Turut diperbuat daripada minyak yang berasaskan tumbuhan. Ia berupaya menjadikan kulit lebih lembut dan menawan.
Manfaat 4
Anti-radang
Ekstrak Mugwort pula memastikan kulit sentiasa segar dan berkesan sebagai anti-radang.
Manfaat 5
Memberikan kulit gebu
Gel Herbal SEKKISEI tidak melekit. Malah ia melembapkan agar kulit sentiasa gebu semula jadi.
Manfaat 6
Menyuburkan kulit
Ekstrak Melothria berkesan dalam menyuburkan kulit dengan memberikan nutrisi penting pada kulit wajah.